Friday, December 25, 2009

Takaful Cash

Di sini saya ingin kongsikan sedikit tentang pelan terbaru - TakafulCash

Pelan ini memberikan fokus kepada simpanan jangka panjang.

Ciri-ciri utama pelan ini ialah

1) Memberi bonus setiap 2 tahun bermula dari akhir tahun ke-3 hinggalah tempoh matang sijil (pilihan samada 15 , 21 atau 27 tahun).

2) Apabila sijil matang, anda akan menerima 100% dari jumlah amaun perlindungan beserta bonus terkumpul, keuntungan pelaburan dan perkongsian lebihan (jika ada)

3) Menyediakan perlindungan bagi kematian dan Hilang Upaya Kekal serta menyeluruh (Total Permanent Disability atau TPD).

Manfaat Kehidupan

Merupakan manfaat yang di bayar setiap 2 tahun iaitu sebanyak 6% dari jumlah perlindungan yang anda ambil. Anda boleh menerima manfaat ini dalam bentuk cek atau melaburkannya semula dalam akaun Takaful Cash, Takafulink atau Takafulink Cerdik.



Berdasarkan gambarajah di atas,katakan:

* Anda inginkan simpanan dalam masa 15 tahun sebanyak = RM 100,000. Maka jumlah perlindungan yang perlu di ambil ialah RM100,000

* Setiap 2 tahun bermula dari tahun ke-3, anda akan menerima bonus sebanyak 6% iaitu RM6,000
* Bonus ini boleh di keluarkan atau di masukkan semula ke dalam akaun untuk di laburkan semula.
* Setelah 15 tahun, anda akan menerima RM100,000 + jumlah bonus terkumpul (jika anda tidak mengambilnya sebelum ini).
* Jika di takdirkan berlaku kematian sebelum sijil matang, 100% dari jumlah perlindungan beserta bonus terkumpul akan di bayar kepada peserta.
* Dengan kata lain, jika umur panjang...anda akan mendapat simpanan sepertimana yang anda rancangkan. Jika berlaku kematian pula waris anda pula yang akan mendapat manfaatnya.


Apa Kelebihannya?

1. Menyediakan Simpanan jangka panjang yang tetap.
2. Berbanding menyimpan di akaun simpanan atau deposit tetap (FD), pelan Takaful Cash menyediakan perlindungan kewangan jika berlaku musibah (kematian atau TPD) sebelum simpanan anda mencapai jumlah yang di inginkan.
3. Menyediakan perlindungan yang lebih tinggi melalui manfaat Takaful Term sehingga RM10 juta.
4. Mempunyai bonus setiap 2 tahun (boleh di keluarkan atau di laburkan semula untuk simpnan yang lebih tinggi).
5. Melayakkan anda menerima pengecualian cukai sebanyak RM6,000 setahun

Siapakah yang boleh menyertai pelan TakafulCash?

Pelan ini boleh di sertai oleh individu-individu yang berumur di antara 19 hingga 60 tahun. Anda juga boleh mengambil pelan untuk anak bagi tujuan simpanan pendidikan.

No comments:

Post a Comment