Friday, December 25, 2009

Cara Daftar Polisi

Apabila anda sudah bersedia untuk membuat pilihan pelan perlindungan yang sesuai, berjumpa dan berbincanglah dengan pakar perunding Insuran/Takaful anda untuk mendapatkan maklumat terperinci berkenaan manfaat-manfaat produk insuran tersebut. Pastikan anda fahami terma dan syarat tentang perlindungan yang bakal anda perolehi.

Proses Pendaftaran:

1. Berjumpa dengan ejen berdaftar Prudential/Prudential BSN Takaful dan kenali perlindungan yang anda mahu mengikut keperluan dan 'budget' anda. Dapatkan 'business card' mereka.
2. Bersetuju-puas hati dan fahami kertas cadangan pelan perlindungan yang di usulkan oleh ejen tersebut.
3. Tandatangani borang pendaftaran Takafulink. Antara maklumat yang di perlukan: butir-butir peribadi, pewaris dan status kesihatan terkini.
4. Bayar tunai caruman premium pertama mengikut persetujuan yang di perolehi (kecuali pembayaran melalui kad kredit).
5. Sentiasa 'follow-up' dengan ejen anda untuk mendapatkan buku polisi, kad perubatan dan resit terkini.
6. Perlindungan anda bermula sebaik sahaja permohonan polisi anda di luluskan (sila rujuk 'kuat-kuasa perlindungan'). (Kebiasaannya buku polisi dan kad perubatan akan siap dalam masa sebulan daripada tarikh polisi Takafulink lulus) , [klik pic for better view]
7. Pastikan ejen anda menghantar sendiri ke tangan anda buku polisi tersebut dan memberi keterangan segala manfaat berkaitan yang anda persetujui dahulu.
8. '2 Weeks Free Look Period': Baca dan fahami sekali lagi segala manfaat-manfaat yang terkandung di dalam buku polisi tersebut, dan jika anda tidak berpuas-hati dengan terma dan syarat perlindungan, anda boleh memulangkan semula buku polisi Takafulink tersebut dalam masa 2 minggu tarikh buku polisi di keluarkan dan anda layak menerima semula caruman pertama.

No comments:

Post a Comment