Friday, December 25, 2009

Talian Khidmat Pelanggan

Jika anda mempunyai sebarang masalah berkenaan dengan polisi anda, anda boleh berurusan sendiri di pejabat beralamat:

Prudential BSN Takaful Berhad
Tingkat 22.02, City Plaza,
81000 Johor Bahru, Johor

atau menghubungi 'Customer Service' secara:

* Telefon: 03-2053 7188 (Customer Service)
* Emel: customer@prubsn.com.my

Proses Aduan:



Atau anda juga boleh menghubungi saya di talian 012-744 6876 untuk bantuan permasalahan berkenaan insuran/takaful anda.

Hubungi Saya

Saya adalah Perunding sepenuh-masa untuk Produk PruBSN dan Prudential. Anda boleh menghubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan perundingan percuma di:

* Tel/sms: 012-7446876
* Email: amengateng@yahoo.com and gmail


* Lokasi: Johor Bahru (City Plaza)

Nasihat Yang Berguna

Antara ayat Quran dan Hadith yang menyarankan dan menyokong unsur 'bantu-membantu' sebagai amalan yang diterima dan diredhai Allah

HADITH RIWAYAT IBNU MAJAH
“Sesungguhnya seseorang yang beriman ialah sesiapa yang memberi keselamatan dan perlindungan terhadap harta dan jiwa raga manusia”

HADITH RIWAYAT AL-BUKHARI
"Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta"

SURAH AL-MAIDAH, ayat 2
“Dan tolong menolonglah kamu pada perkara kebaikan dan janganlah bekerjasama dalam perkara-perkara dosa dan yang menimbulkan permusuhan”


SURAH AL-BAQARAH, ayat 240


Terjemahan:
"Dan orang-orang yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri-isteri mereka, iaitu di beri nafkah (saguhati) - makan, pakaian dan tempat tinggal hingga setahun lamanya, dan tidak di suruh pindah dari tempat tinggalnya. Kemudian jika mereka keluar (dari tempat tinggalnya dengan dengan kehendaknya sendiri) maka tidaklah kamu bersalah (wahai wali waris si mati) mengenai apa yang mereka (isteri-isteri itu) lakukan pada diri mereka dari perkara yang patut yang tidak di larang syarak itu dan ingatlah, Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana"

Cuba kita renungkan maksud terjemahan ayat al-Quran di atas, Allah S.W.T menyuruh para suami menyediakan sejumlah dana sekurang-kurangnya untuk perbelanjaan selama setahun jika semasa ketiadaan kita.

Mari kita renungkan, apabila kita di arahkan oleh majikan untuk keluar 'outstation' selama 3 hari, seminggu, sebulan berapakah jumlah wang yang kita tinggalkan kepada keluarga untuk perbelanjaan harian mereka.

Dan bagaimanapula, jika keluar 'outstation' selama-lamanya??? ..dan jika ini berlaku semalam..

Adakah kita meninggalkan simpanan atau bebanan hutang kepada mereka?

Fikir-fikirkanlah dan selamat beramal...

Kesilapan Umum

KESILAPAN KEWANGAN UMUM

Kesilapan 1 : Sentiasa menangguh untuk memulakan sistem perancangan.

Tidak syak lagi inilah kesilapan yang paling besar sekali. Tanyalah diri kita sendiri sudah berapa kali perkataan seperti "Tak Apa lah", "Nanti La Dulu", "Tunggu Lepas Kahwin la", "Kasi Anak Besar dulu", sering dijadikan alasan untuk tidak memulakan pelan kewangan seperti tabungan untuk pendidikan anak, insuran perubatan atau membuat temu-janji dengan perancang kewangan bagi membaik-pulih pinjaman anda.

Kesilapan 2 : Gagal menetapkan matlamat kewangan dan cara mencapainya.

Kita sendiri sedar yang tiada orang yang merancang untuk gagal tetapi kebanyakannya gagal untuk merancang. Mungkin sibuk dengan pelbagai tugas dan tanggungjawab anda tidak mempunyai masa untuk menulis di atas kertas jawapan kepada soalan-soalan seperti :

* Apakah 3 matlamat kewangan anda?
* Bila jangka masa pencapaiannya?
* Berapa yang perlu diperuntukkan setiap bulan?


Kesilapan 3 : Kekurangan disiplin untuk menabung secara sistematik.

Media massa sekarang ini dipenuhi dengan iklan dan propaganda bertujuan mengalakkan kita berbelanja lebih dari yang sepatutnya. Tetapi patutkah media massa dipersalahkan? Apakah ada sistem atau rahsia yang boleh menyelamatkan wang kita daripada lanun-lanun seperti kad kredit, jualan murah, desakan rakan sebaya dan gaya hidup serba glamer?

Kesilapan 4 : Kejahilan tentang konsep nilai masa (time value) wang.

Semua orang tahu pasal hutang kad kredit, hutang along dan hutang pinjaman perumahan yang seolah-olah tak pernah habis dibayar dan kalau dapat dibayar pun akan mengambil masa yang lama. Berdasarkan prinsip yang sama (iaitu konsep nilai mata wang) simpanan RM100 sebulan selama 20 tahun pada kadar faedah 10 peratus setahun (kadar kad kredit ialah 18 peratus) akan menghasilkan harta RM72000. Tetapi malangnya masih ramai yang lebih suka menyimpan dengan syarikat kad kredit dan sentiasa merungut tidak cukup wang.

Kesilapan 5 : Perlindungan Takaful/Insuran yang tidak mencukupi.

Apabila memulakan satu sistem simpanan untuk tujuan tertentu contohnya deposit pembelian rumah, tabung pendidikan anak, ada risiko yang boleh menyebabkan wang simpanan tersebut tiba-tiba hangus. Contohnya seperti belanja perubatan, hilang upaya bekerja , kemalangan. Bolehkah kita berserah kepada takdir semata-mata untuk memastikan matlamat kewangan kita tercapai?

Kesilapan 6 : Kegagalan menangani musuh wang yang utama iaitu inflasi

Bayangkan harga sebuku roti 10 tahun dari sekarang, atau segelas teh tarik. Kajian KWSP telah pun menunjukan bahawa duit simpanan yang diambil oleh pencarum sewaktu usia 55 tahun habis dalam jangka masa 3 tahun sahaja. Anda bagaimana, apa senjata yang ada untuk melawan inflasi, kanser kewangan nombor satu?

Kesilapan 7 : Keengganan menggunakan perkhidmatan penasihat kewangan bertauliah.

Kesilapan ini telah digunakan oleh pihak-pihak tertentu memperkenalkan skim cepat kaya, pembelian insuran/takaful dan unit trust yang tidak sesuai dan penggunaan wang KWSP yang tidak berpadanan dengan profil penyimpan. Semua orang tahu bila sakit harus jumpa doktor bukan peguam. Begitu juga kalau ada kes undang-undang jumpa peguam bukan doktor. Tidakkah logik untuk meminta khidmat nasihat seorang penasihat kewangan/perunding takaful bagi mengatasi dilemma pengurusan kewangan anda?

TINDAKAN SUSULAN!
Wahai pembaca budiman, diharapkan anda sekarang tahu di mana kesilapan anda. Seterusnya saya cadangkan supaya anda betulkan sebarang kesilapan dan ambil tindakan sama untuk merancang sendiri atau membuat temu janji dengan seorang penasihat kewangan/perunding takaful bertauliah.

Insuran Pendidikan

KEBANYAKAN ibu bapa sekarang mulai sedar kepentingan mendapatkan perlindungan untuk anak-anak terutama dari aspek pendidikan. Bagi pasangan suami isteri Sharifuddin Baharudin, 34, dan Ku Marziahani Ku Mansor, 32, yang mempunyai dua cahaya mata, Nur Zulaikha, 7, dan Aimanuddin, 6, hampir setiap bulan mereka merancang kewangan dengan teratur bagi memastikan perbelanjaan tidak melebihi pendapatan.

“Kami buat akaun berapa duit yang masuk, keluar, perbelanjaan harian, simpanan, anak-anak dan untuk masa kecemasan. Lebih kurang macam kunci kira-kira,” ujar Sharifuddin.

Walaupun mempunyai dua orang anak, pasangan ini membuat perancangan awal untuk perbelanjaan pendidikan mereka pada masa depan supaya tidak timbul sebarang masalah apabila melanjutkan pelajaran ke universiti yang memerlukan kos yang agak tinggi.

Ku Marziahani yang lebih mesra dengan panggilan Kak Ani berpendapat, insurans merupakan satu bentuk tabungan yang menyediakan banyak kemudahan terutama dari segi perlindungan. Menyimpan dengan insurans juga dapat membentuk disiplin diri dalam menabung kerana kita terpaksa menyimpannya setiap bulan dan tidak boleh dikeluarkan sesuka hati.

“Kalau tidak bayar dalam empat bulan, contohnya, kemungkinan besar kita tak dapat perlindungan sekiranya sesuatu terjadi. Simpanan insurans lebih baik berbanding di bank. Sekiranya terjadi sesuatu ke atas pembayar atau penama, insurans akan meneruskan pembayaran setiap bulan sehinggalah polisi itu mencapai tempoh matang,” katanya yang berasal dari Kedah.

Secara tidak langsung ia dapat meringankan beban sekiranya berlaku perkara yang tidak disangka dan dapat melindungi masa depan anak-anak.

Ini kerana pendidikan menjadi agenda penting dalam pembangunan negara bagi melahirkan masyarakat yang berilmu. Namun, masih ada yang tercicir daripada mendapatkan pendidikan tinggi akibat kekurangan sumber kewangan.

Hakikat yang perlu diperhalusi daripada pelbagai isu yang timbul ialah sejauh manakah ibu bapa mampu merancang kewangan mereka agar anak-anak berupaya mendapat pendidikan sempurna. Untuk itu, tidak timbul soal pinjaman pendidikan yang menjadi polemik di kalangan masyarakat dan pemimpin negara.

“Sebelum negara mencapai kemerdekaan, orang Islam tidak mempunyai tempat yang khusus untuk menyimpan dana sehinggalah Prof. Diraja Ungku Aziz memperkenalkan konsep Tabung Haji yang akhirnya ditubuhkan pada 1969 sebagai kemudahan tabungan untuk mengerjakan fardu haji dan institusi pelaburan bagi orang Islam. Kemudian, ia diperluaskan dengan kemunculan Bank Islam, koperasi dan sistem takaful. Insurans juga sebenarnya merupakan satu bentuk tabungan,” kata beliau.

Semakin hari masyarakat semakin sedar betapa perlunya mempunyai simpanan sebagai bekalan pada masa hadapan sekiranya berlaku tragedi yang tidak diingini atau demi pendidikan anak-anak. Ini terbukti dengan penyertaan masyarakat terhadap institusi tersebut.

Peningkatan perlu ada untuk memperkukuhkan kesedaran masyarakat supaya ia berterusan dan konsisten. Perancangan kewangan yang melibatkan pendapatan isi rumah dengan memberi keutamaan kepada keperluan yang lebih penting kena diberi perhatian.

Bagaimanapun, katanya, di Malaysia, masyarakat masih kurang faham tentang kepentingan insurans terutama kesedaran mengenai perlindungan masa depan anak-anak seperti pendidikan. Banyak pihak perlu memainkan peranan agar keperluan perlindungan pendidikan menjadi satu agenda penting dalam pengurusan kekeluargaan.

“Semasa saya menjadi felo di Victoria University of Wellington, New Zealand, saya dapati terdapat pelajar yang menyambung pelajaran di sana menggunakan dana hasil penyertaan dalam skim-skim insurans tertentu yang diuruskan oleh ibu bapa mereka sejak mereka kecil lagi. Maknanya, ibu bapa itu sedar tentang persediaan masa depan, sama ada pelajaran ataupun menghadapi perkara yang tidak dijangka seperti kemalangan,” ujar beliau mengenai kepentingan menabung demi pendidikan anak-anak.

Insuran Warga Senior

PRUsenior med adalah insuran khas untuk warga emas yang memberikan perlindungan perubatan sehingga RM225,000 bagi yang berumur 55 tahun ke atas membiayai perbelanjaan pembedahan dan kemasukan ke hospital.

* Bagaimana melahirkan kasih sayang buat orang tua kita?
* Bagaimana agaknya mereka meniti usia tua? Apa yang mereka fikirkan?
* Mampukah kita menanggung mereka jika apa-apa berlaku?
* Berdayakah kita untuk menanggung perubatan mereka kalau mereka sakit nanti?


PRUsenior med adalah sebuah polisi unik yang menyediakan jumlah perlindungan perubatan yang tinggi demi menghapuskan kebimbangan anda tentang bil perubatan yang amat membebankan sekiranya anda atau ibubapa anda dimasukkan ke hospital kerana pembedahan dan penyakit utama.

PRUsenior med adalah polisi hayat bertempoh yang unik. Ia menanggung bil perubatan ibubapa anda atau anda sendiri sekiranya dimasukkan ke hospital kerana pembedahan dan penyakit utama sehingga umur 80 tahun



Ibubapa kita boleh berehat dengan tenang walaupun ditimpa sakit tetapi masih mendapat perhatian yang sempurna daripada anak-anak apatah lagi mendapat rawatan perubatan yang sempurna.

Anda mampu mengubahnya hari ini!

Insuran Khas Wanita

Kalau anda seorang wanita, tak sah rasanya kalau anda tidak memiliki sijil / polisi yang diberi nama PruLADY

Kalau setiap bulan, boleh membelanjakan lebih RM200 untuk kasut tumit dan make up, apa salahnya kalau sedikit daripada belanja itu kita simpan untuk masa depan anda. Sambil menabung kita melindungi daripada musibah penyakit-penyakit wanita dan musibah pada kehidupan kita sebagai isteri dan ibu pada anak-anak!

Hanya dari premium RM50 sebulan, kami menawarkan 4 plan kepada anda. Anda boleh pilih ikut kemampuan anda.
1) Plan 1 bernilai RM 25,000
2) Plan 2 bernilai RM 50,000
3) Plan 3 bernilai RM 75,000
4) Plan 4 bernilai RM 100,000

(Klik -> contoh Claim Prulady)

CONTOH:
Katakan Anda berusia 30 tahun dan anda memilih Plan 2 yang bernilai RM 50,000.

Apa yang akan anda dapat?

Manfaat bantuan TUNAI RM 50,000 di berikan sekiranya di sah kan mengidap penyakit wanita berikut:

* Kanser payudara, uteri serviks, tiup falopia, ovari, uterus dan vagina/vulva
* Systemic Lupus Erythematosus (SLE)
* Artritis Reumatoid (tulang)
* Jika anda perlu menjalankan pembedahan rekonstruksi muka kerana kemangan, pemindahan kulit kerana kebakaran, pemindahan kulit kerana kanser kulit, kami akan bayar balik kos rawatan sehingga RM 50,000
* Jika di sahkan karsinoma in situ payudara atau uteri serviks
* Kematian pemegang polisi samada akibat penyakit atau kemalangan


Bukan itu sahaja... ada banyak lagi...

Manfaat bantuan TUNAI (RM15,000) kepada pemegang polisi, untuk:

* komplikasi kehamilan seperti penyebaran penggumpalan intravaskular selepas hamil 7 bulan
* kehamilan ektopik, kandungan molar
* kematian fetus selepas 195 hari mengandung
* kematian anak dalam tempoh 30 hari selepas lahir


Ada lagi....

Kami akan membantu anda dengan sumbangan TUNAI 30% iaitu RM15,000 utk anak yg dilahirkan jika dia mengalami:

* kecacatan ventrikel septum
* kecacatan atrium septum
* sindrom down
* spina bifida
* tetralogi fallot
* transposisi pembuluh utama


Anda juga berhak menerima saguhati RM1,500 iaitu 3% dari jumlah plan anda, JIKA BERLAKU:

* Perkahwinan
* Kelahirkan anak
* diBerhentikan kerja
* Perceraian
* Kematian suami


Dan sekiranya mencarum, sehingga tempoh matang dan tidak pernah membuat tuntutan langsung, maka kesemua jumlah caruman dari mula hingga tarikh matang, akan di kembalikan kepada pemegang polisi semula!


**PruLady adalah produk konvensional
Takaful Puteri adalah produk PruBSN Takaful

Takaful Cash

Di sini saya ingin kongsikan sedikit tentang pelan terbaru - TakafulCash

Pelan ini memberikan fokus kepada simpanan jangka panjang.

Ciri-ciri utama pelan ini ialah

1) Memberi bonus setiap 2 tahun bermula dari akhir tahun ke-3 hinggalah tempoh matang sijil (pilihan samada 15 , 21 atau 27 tahun).

2) Apabila sijil matang, anda akan menerima 100% dari jumlah amaun perlindungan beserta bonus terkumpul, keuntungan pelaburan dan perkongsian lebihan (jika ada)

3) Menyediakan perlindungan bagi kematian dan Hilang Upaya Kekal serta menyeluruh (Total Permanent Disability atau TPD).

Manfaat Kehidupan

Merupakan manfaat yang di bayar setiap 2 tahun iaitu sebanyak 6% dari jumlah perlindungan yang anda ambil. Anda boleh menerima manfaat ini dalam bentuk cek atau melaburkannya semula dalam akaun Takaful Cash, Takafulink atau Takafulink Cerdik.



Berdasarkan gambarajah di atas,katakan:

* Anda inginkan simpanan dalam masa 15 tahun sebanyak = RM 100,000. Maka jumlah perlindungan yang perlu di ambil ialah RM100,000

* Setiap 2 tahun bermula dari tahun ke-3, anda akan menerima bonus sebanyak 6% iaitu RM6,000
* Bonus ini boleh di keluarkan atau di masukkan semula ke dalam akaun untuk di laburkan semula.
* Setelah 15 tahun, anda akan menerima RM100,000 + jumlah bonus terkumpul (jika anda tidak mengambilnya sebelum ini).
* Jika di takdirkan berlaku kematian sebelum sijil matang, 100% dari jumlah perlindungan beserta bonus terkumpul akan di bayar kepada peserta.
* Dengan kata lain, jika umur panjang...anda akan mendapat simpanan sepertimana yang anda rancangkan. Jika berlaku kematian pula waris anda pula yang akan mendapat manfaatnya.


Apa Kelebihannya?

1. Menyediakan Simpanan jangka panjang yang tetap.
2. Berbanding menyimpan di akaun simpanan atau deposit tetap (FD), pelan Takaful Cash menyediakan perlindungan kewangan jika berlaku musibah (kematian atau TPD) sebelum simpanan anda mencapai jumlah yang di inginkan.
3. Menyediakan perlindungan yang lebih tinggi melalui manfaat Takaful Term sehingga RM10 juta.
4. Mempunyai bonus setiap 2 tahun (boleh di keluarkan atau di laburkan semula untuk simpnan yang lebih tinggi).
5. Melayakkan anda menerima pengecualian cukai sebanyak RM6,000 setahun

Siapakah yang boleh menyertai pelan TakafulCash?

Pelan ini boleh di sertai oleh individu-individu yang berumur di antara 19 hingga 60 tahun. Anda juga boleh mengambil pelan untuk anak bagi tujuan simpanan pendidikan.

Manfaat Simpanan

Selain peserta PruBSN memperolehi pelan utama perlindungan, mereka juga dapat menikmati pulangan simpanan hasil daripada pelaburan mereka di Dana Syari'ah kami untuk kegunaan akan datang misalnya, mengerjakan haji, simpanan pencen peribadi atau kegunaan pendidikan anak-anak ke universiti.

Simpanan di pelan PruBSN Takaful merupakan simpanan pelaburan untuk keuntungan jangka panjang. Walaubagaimanapun konsep simpanan pelaburan dalam takaful/insuran tidaklah sama seperti simpanan pelaburan di bank / ASB / tabung haji. Maksudnya begini, bila anda menyimpan dalam takaful contohnya; RM100 sebulan, anda tidak boleh mengharapkan
semula kesemua caruman RM1200++ dalam setahun. Ini kerana terdapat caj-caj pengurusan takaful, perlindungan yang dikenakan pada pihak peserta. Dan kebiasaannya, nilai pulangan/serahan antara tahun-1 hingga tahun ke-3 agak rendah.

Tetapi tidaklah mustahil, dalam masa jangka yang panjang, hasil simpanan di Takaful juga boleh memberikan pulangan yang baik seperti institusi pelaburan lain. Berikut di bawah adalah pulangan bagi tahun lalu selepas di lancarkan:


Keunikan simpanan PruBSN ialah simpanan akan diteruskan oleh pihak PruBSN sehingga berumur 80 tahun walaupun peserta lumpuh atau sakit kritikal, apabila disertakan dengan manfaat Contributor.
(Manfat berkaitan: Parent Contributor, Spouse Contributor, Takaful Saver Contributor, Takaful Saver Parent Contributor)

Jika berlaku musibah kematian kepada peserta, perwaris akan menerima kesemua nilai simpanan tersebut bersama dengan manfaat pampasan kematian.

Tiada tempoh matang untuk syarat pengeluaran wang simpanan. Pengeluaran simpanan boleh dilakukan pada bila-bila masa dengan syarat apabila simpanan PruBSN melebihi nilai RM4,000. Cara-cara pengeluaran wang simpanan ialah dengan mengisi borang pengeluaran wang yang boleh di dapati di mana-mana cawangan Prudential atau PruBSN dan peserta akan menerima cek antara 3 hari - 2 minggu.

Dengan adanya kemudahan skim simpanan ini, peserta juga boleh menangguhkan caruman premium sementara, tetapi masih dapat menikmati perlindungan yang berpanjangan sehinggalah nilai simpanan itu susut dengan sendirinya.


**Nota: Sebarang tuntutan manfaat atau penggunaan Medical Card PruBSN, tidak akan menjejaskan nilai simpanan PruBSN peserta, kerana masing-masing mempunyai akaun yang berbeza.


Antara contoh pengeluaran wang simpanan PruBSN:

1. Pengeluaran wang simpanan RM3,000





2. Pengeluaran wang 'surrender policy'



15 Hari Percuma!!!

Anda mempunyai 15 hari percuma untuk meneliti kontrak terma dan syarat yang terkandung di dalam buku polisi PruBSN sama ada ianya memenuhi keperluan anda sekeluarga. Jika anda tidak berpuas-hati, maka anda boleh kembalikan buku polisi tersebut dalam masa 15 hari penyerahan dan premium akan dipulangkan semula.

Borang cadangan proposal yang menunjukkan terma 15 hari percuma



Berikut di bawah adalah contoh "Refund Premium":-



Pelepasan Cukai Pendapatan

Peserta Takafulink juga boleh layak mendapat perlepasan cukai pendapatan untuk premium yang di bayar setiap tahun. Iaitu RM6,000 untuk Insuran persendirian dan RM3,000 untuk insuran pendidikan setiap tahun.





Setiap peserta akan di berikan penyata Takafulink setiap tahun untuk mendapat perlepasan cukai pendapatan ini.

Buku Polisi & Kad

Apabila anda mendaftar polisi dengan Prudential BSN Takaful, anda akan menerima:

* Buku Polisi - sebagai rujukan peribadi menerangkan jenis-jenis manfaat perlindungan yang anda akan nikmati bersama terma dan syarat perlindungan
* Medical Card - untuk membantu urusan kemasukan menerima rawatan di hospital panel swasta
* Senarai Hospital Panel Prudential BSN Takaful


Pastikan ejen anda mengingatkan segala manfaat-manfaat perlindungan setiap 6 bulan sekali.

Permulaan Perlindungan

Sebaik sahaja polisi Takafulink anda lulus, maka bermulalah perlindungan anda mengikut tempoh menunggu di bawah:

[Click image for better view]

Cara Daftar Polisi

Apabila anda sudah bersedia untuk membuat pilihan pelan perlindungan yang sesuai, berjumpa dan berbincanglah dengan pakar perunding Insuran/Takaful anda untuk mendapatkan maklumat terperinci berkenaan manfaat-manfaat produk insuran tersebut. Pastikan anda fahami terma dan syarat tentang perlindungan yang bakal anda perolehi.

Proses Pendaftaran:

1. Berjumpa dengan ejen berdaftar Prudential/Prudential BSN Takaful dan kenali perlindungan yang anda mahu mengikut keperluan dan 'budget' anda. Dapatkan 'business card' mereka.
2. Bersetuju-puas hati dan fahami kertas cadangan pelan perlindungan yang di usulkan oleh ejen tersebut.
3. Tandatangani borang pendaftaran Takafulink. Antara maklumat yang di perlukan: butir-butir peribadi, pewaris dan status kesihatan terkini.
4. Bayar tunai caruman premium pertama mengikut persetujuan yang di perolehi (kecuali pembayaran melalui kad kredit).
5. Sentiasa 'follow-up' dengan ejen anda untuk mendapatkan buku polisi, kad perubatan dan resit terkini.
6. Perlindungan anda bermula sebaik sahaja permohonan polisi anda di luluskan (sila rujuk 'kuat-kuasa perlindungan'). (Kebiasaannya buku polisi dan kad perubatan akan siap dalam masa sebulan daripada tarikh polisi Takafulink lulus) , [klik pic for better view]
7. Pastikan ejen anda menghantar sendiri ke tangan anda buku polisi tersebut dan memberi keterangan segala manfaat berkaitan yang anda persetujui dahulu.
8. '2 Weeks Free Look Period': Baca dan fahami sekali lagi segala manfaat-manfaat yang terkandung di dalam buku polisi tersebut, dan jika anda tidak berpuas-hati dengan terma dan syarat perlindungan, anda boleh memulangkan semula buku polisi Takafulink tersebut dalam masa 2 minggu tarikh buku polisi di keluarkan dan anda layak menerima semula caruman pertama.

Kaedah Caruman

Untuk membuat caruman premium Takafulink PruBSN, anda boleh lakukan melalui salah satu daripada kaedah-kaedah seperti di bawah:
(Pembayaran caruman premium pertama semasa mendaftar borang permohonan polisi Takafulink, hendaklah dibuat secara tunai (kecuali memilih pembayaran melalui kad kredit).)

Pembayaran Caruman boleh di lakukan secara:

1. KAD KREDIT

* Visa
* Master Card

2. POTONGAN BANK

* BSN (sertakan salinan muka depan buku BSN)
* CIMB (perlukan pengesahan CIMB cawangan akaun)
* Maybank
* dan pelbagai bank

(potongan bank biasanya bermula selepas lebih 3 bulan permohonan, sila pastikan anda membayar secara tunai terlebih dahulu untuk mengelakkan polisi anda tertunggak)

3. TUNAI / CEK (atas nama: Prudential BSN Takaful Bhd)

* Kaunter BSN
* Kaunter PruBSN
* Kaunter Prudential


4. INTERNET ONLINE:

* www.maybank2u.com.my

5. ATM:

* BSN

6. POTONGAN BIRO ANGKASA (untuk kakitangan kerajaan)
(bayaran tunai hendaklah dilakukan secara bulanan terlebih dahulu sehingga pemotongan Angkasa)

**Nota tambahan:

* Sila pastikan anda mempunyai nombor sijil polisi yang boleh diperolehi dari kad perubatan tersebut apabila ingin membuat pembayaran.
* Setelah membuat pembayaran caruman premium, sila pastikan anda simpan resit untuk rujukan.


Contoh Resit Pembayaran:

Kadar Premium Anda

Caruman minima premium bermula dari RM100 per month untuk semua manfaat Takafulink PruBSN. Umur kelayakan memohon: 2 minggu hingga 55 tahun.

Berikut adalah contoh quotation beserta manfaatnya:

1) Takafulink anak dengan premium RM150 per month [klik pic untuk zoom in] - Takafulink Cerdik for Education Plan




2) Takafulink dewasa dengan premium RM200 per month [klik pic untuk zoom in]




**Nota: Untuk anda nmendapatkan Quotation premium berserta manfaat mengikut budget kemampuan, sila isi butir peribadi di dalam kotak yang disediakan (ruangan sebelah kiri) atau hubungi saya di talian 017-280 5553 / 016-773 8883 untuk temujanji penerangan percuma.

36 Penyakit Kritikal

Selain bil perubatan akibat penyakit kritikal di bayarkan melalui Medical Card PruBSN, peserta juga akan menerima pampasan 36 penyakit kritikal untuk kegunaan peribadi sara diri.



Manfaat 36 Penyakit Kritikal: memberi wang pampasan kepada anda untuk dana sara-hidup untuk tujuan peribadi.Sejumlah wang contohnya RM30,000 ke atas (mengikut jumlah yang anda ambil) akan diberikan kepada anda jika didapati terkena salah satu dari 36 jenis penyakit kritikal/lumpuh.
Manakala manfaat Penyumbang-bayar pula, anda tidak lagi perlu membayar caruman premium bulanan, pihak PruBSN yang akan membayar semua caruman premium anda sehingga peserta berumur 80 tahun.

Berikut di bawah ialah senarai 36 penyakit-penyakit yang dianggap kritikal oleh Prudential BSN Takaful yang membolehkan pemegang polisi mendapat *manfaat 36 penyakit kritikal dan *manfaat penyumbang-bayar.

1.Serangan Penyakit Jantung

2.Penyakit Koronari Arteri Yang Memerlukan Pembedahan

3.Strok

4.Kanser

5.Kegagalan Ginjal (Buah Pinggang)

6.Penyakit Lumpuh/Paraplegia

7.Pemindahan Organ Utama

8.Sklerosis Pelbagai / Berbilang

9.Hepatitis Virus Fulminan

10.Hipertensi Arteri Pulmonari Utama

11.Koma

12.Buta

13.Penggantian Injap Jantung

14. Pembedahan Aorta

15.Penyakit Alzheimer

16.Hilang Pendengaran / Pekak

17.Hilang Kebolehan Bertutur (Bisu)

18. Kebakaran Parah

19.Penyakit Membawa Maut

20.Aids Akibat Transfusi Darah

21.Penyakit Motor Neuron

22. Penyakit Parkinson

23.Penyakit Hati Yang Kronik

24.Penyakit Peparu Yang Kronik

25.Anemia Aplastik

26.Distrofi Otot

27.Poliomielitis

28.Meningitis Bakteria

29.Tumor Otak Benigna

30.Ensefalitis

31.Full Blown Aids

32.Lain-Lain Penyakit Koronari Arteri Yang Serius

33.Pembedahan Otak

34.Sindrom Apalik

35.Trauma Kepala Utama

36.Kehilangan Tangan Atau Kaki


NOTA: Penerangan ini dibuat secara ringkas dan maklumat tepat memerlukan pendapat pakar perubatan untuk sesetengah istilah-istilah perubatan

Apa Itu Co-Takaful?

"Ko-Insuran" atau "Ko-Takaful" adalah bermaksud 'Pengkongsian Kerugian' bersama antara pemegang polisi dan syarikat Insuran/Takaful. Setiap syarikat insuran/takaful yang menyediakan Medical Card mempunyai pelbagai jenis 'co-takaful' atau 'co-payment insurance'. Pastikan ejen anda memberikan maklumat yang terperinci dan tepat berkenaan 'co-takaful' atau 'co-payment'. Walaubagaimanapun, ianya berbeza terma dan syarat bagi setiap co-insuran yang ditetapkan oleh syarikat insuran/takaful tersebut.

Di PruBSN pula, bagi penggunaan Medical Card PruBSN untuk manfaat Hospital & Pembedahan (kecuali caj bilik & penginapan), peserta hanya perlu membayar 10% (iaitu minimum RM300.00 dan maksimum RM1,000.00.) daripada jumlah bil rawatan yang layak kepada hospital, manakala pihak Prudential BSN Takaful akan membayar selebih bakinya.

Ringkasan: RM1,000(max) > 10 % > RM300(min)


Contoh:-
1- Kes 1: KANSER
* Jumlah Bil Hospital: RM50,000 (tidak termasuk caj bilik)
* 10% daripada jumlah Bil Hospital = RM5,000
* Peserta bayar pada hospital = RM1,000 sahaja (kerana maksima ko-takaful Medical Card PruBSN adalah RM1,000 dan baki bil hospital selebihnya (iaitu RM49,000) akan dibiayai oleh Medical Card PruBSN.



2- Kes 2 : KEMALANGAN
* Jumlah Bil Hospital: RM5,000 (tidak termasuk caj bilik)
* 10% daripada jumlah Bil Hospital = RM500
* Peserta perlu bayar pada hospital = RM500 sahaja (iaitu 10% co-takaful) dan baki bil hospital selebihnya (iaitu RM4,500) akan dibiayai oleh Medical Card PruBSN.


3- Kes 3 : DEMAM PANAS
* Jumlah Bil Hospital: RM2,500 (tidak termasuk caj bilik)
* 10% daripada jumlah Bil Hospital = RM2,500
* Peserta bayar pada hospital = RM300 sahaja (kerana minima ko-takaful Medical Card PruBSN adalah RM300 dan baki bil hospital selebihnya (iaitu RM2,200) akan dibiayai oleh Medical Card PruBSN.


**Nota: Walaubagaimanapun. kami menyediakan Elaun Hospital yang tinggi kepada peserta sehingga RM400 per hari (mengikut pelan) kepada peserta yang bermalam di hospital. Ini adalah sebagai imbuhan untuk menggantikan kos ko-Takaful tersebut.

Contoh Claim 5

Berikut adalah contoh Claim Insuran Wanita 'PruLady':-

(sila klik image untuk zoom besar)

1. Manfaat Perkahwinan







2. Manfaat Kelahiran Anak







3. Manfaat Keguguran Anak



Contoh Claim 4

Untuk tuntutan Claim M.C (Cuti Sakit) akibat kemalangan, jika di beri cuti sakit oleh doktor akibat kecederaan, peserta layak menerima elaun cuti sakit, seperti contoh tuntutan di bawah:





Claim Elaun Cuti Sakit akibat kemalangan di langgar 'Mat Rempit'

Contoh Claim 3

Berikut pula adalah Claim Klinik untuk kecederaan kecil. Peserta boleh membuat tuntutan claim daripada mana-mana klinik swasta untuk mendapatkan rawatan 'percuma' untuk jenis kecederaan.

Tuntutan ini tidak menjejaskan sebarang nilai dalam Medical Card atau simpanan. Setiap kali kecederaan, peserta layak menuntut sehingga RM2,000. Hanya sertakan bil perubatan yang disahkan oleh doktor dan ringkasan pada resit keterangan jenis rawatan yang diterima.

Contoh Claim Klinik akibat di sengat tebuan:
[klik image untuk zoom in]















Contoh Klinik Claim akibat kecederaan di mata masuk habuk

Contoh Claim 2

Di bawah adalah claim Elaun Hospital walaupun di masukkan ke Hospital Non-Panel PruBSN akibat demam dan bil di tanggung oleh pihak majikan klien, tetapi peserta layak menuntut Elaun Hospital.

[Klik image for zoom in]
1. Bil di tanggung oleh majikan di hospital non-panel (An-Nur Bangi)


2. Medical Report daripada doktor merawat




3. Claim Cek Elaun Hospital (RM900)


Tuesday, December 22, 2009

Selamat Datang!!!

Assalamualaikum dan Selamat Datang kepada Anda! Laman ini adalah bermatlamat untuk mendidik dan membantu pengguna seperti anda memahami insuran hayat dan maklumat asas yang boleh memberikan panduan kepada kita semua untuk membuat keputusan yang tepat apabila membeli polisi insurans hayat, memilih pelan perlindungan takaful khususnya produk PruBSN Takaful.


Info ini diberikan secara percuma berlandaskan pengalaman saya sebagai perunding sepenuh masa untuk Prudential. Dengan ini, pembaca akan mendapat informasi berkenaan cara-cara merancang kehidupan, dan memantau program insurans hayat anda yang akan memberi manfaat kebaikan kepada diri sendiri dan waris anda.

Diharapkan dengan adanya laman blog ini, ianya dapat memberikan informasi yang berguna supaya kita menjadi lebih bijak dalam membuat perancangan kewangan.

Dan sekiranya anda mendapat manfaat daripada informasi laman blog ini, sila sampaikan kepada saudara atau sahabat yang lain supaya mereka juga dapat membuat keputusan yang tepat dalam memilih pelan perlindungan.

Selamat beramal!

Monday, December 21, 2009

Contoh Claim 1

Pasti ramai pembaca yang tertanya-tanya akan bagaimanakah urusan 'claim' (tuntutan) itu berjalan. Berikut di bawah adalah kronologi salah satu tuntutan claim yang di lakukan oleh klien saya dengan menggunakan Medical Card PruBSN.


Info Klien: Mr. RXR (bukan nama sebenar)
Age: 38 tahun
Pekerjaan: Tenaga Pengajar IPTA
Tarikh mula daftar polisi PruBSN: 1 JULY 2008
Premium Bulanan : RM180 per bulan

Di masukkan ke Hospital KPJ Johor Specialist pada 3 DEC 2008 akibat penyakit batu karang. (Pada awalnya mula pergi ke hospital kerajaan tetapi di benarkan pulang setelah di beri ubat 'pain killer'). Menjalani rawatan perubatan di Hospital Panel PruBSN dan bermalam 5 hari di wad sehingga pulih dan di benarkan pulang pada 8 DEC 2008.

Jumlah Bil Hospital: RM9,420.96
Co-Takaful: RM853.72 (jumlah wang yang Mr. RxR perlu bayar kepada Hospital, dan baki bil lebih RM8 ribu dibayar terus oleh PruBSN melalui Medical Card)


Bil Hospital terperinci [sila klik image untuk zoom in]


Resit jaminan pembayaran bil yang telah dijelaskan oleh PruBSN kepada Hospital (diberikan salinan kepada klien semasa proses 'discharged') [sila klik image untuk zoom in]


Pada 14 DEC 2008, Mr. RxR datang semula ke hospital yang sama untuk rawatan follow-up 'out-patient' untuk penyakit batu karangnya. Bil di bayar oleh Mr. RxR = RM670.10 [sila klik image untuk zoom in]


Selepas sebulan, Mr. RxR menerima cek Elaun Hospital Harian sebanyak RM1,000 kerana 5hari bermalam di hospital (RM1,000 = *RM200 x 5 hari) [**Elaun Hospital polisi Mr. RxR ialah RM200 per day] [sila klik image untuk zoom in]




Pada 24 DEC 08, Mr RxR menerima lagi cek tuntutan rawatan follow-up 'out-patient', bernilai RM589.59 [sila klik image untuk zoom in]





**Nota: Sebarang penggunaan Medical Card, tidak akan menjejaskan simpanan Insuran peserta.


Berikut adalah Pampasan Kematian yang di wariskan oleh arwah kepada isteri (RM20,000) dan anaknya (RM20,000):








Proses "Kemasukan"

A) Proses Kemasukan Hospital Panel dengan Medical Card PruBSN
Sekiranya anda sakit atau cedera dan didapati perlu merujuk doktor pakar dan dimasukkan ke wad, rujuk prosedur berikut untuk kemasukan ke wad menggunakan 'Medical Card' PruBSN:

1.Terus ke hospital panel (rujuk panel hospital terkini) dan kemukakan Medical Card PruBSN Takaful di 'admission suite' untuk pendaftaran pesakit
2.Tunggu proses kelulusan jaminan daripada PruBSN berdasarkan laporan pengesahan benar-masuk oleh doktor hospital panel
3.Terdapat sesetengah hospital panel memerlukan anda membuat bayaran deposit yang minima (sekitar RM200-RM500)
4.Pemegang polisi PruBSN dimasukkan ke wad dan menerima rawatan
5.Setelah pulih dan semasa dibenarkan pulang, hospital akan menguruskan tuntutan bil rawatan secara online kepada pihak PruBSN
6.PruBSN pemegang polisi menandatangani bil akhir selepas mendapat pengesahan jaminan oleh PruBSN
7.Pemegang polisi menerima baki deposit atau membayar caj lebihan eg. co-takaful atau lain-lain caj perkhidmatan yang tidak berkaitan dengan rawatan seperti suratkhabar, perkhidmatan telefon dan sebagainya (jika ada)
8.Dalam masa 4 minggu, pemegang polisi akan menerima manfaat Elaun Hospital Harian dalam bentuk cek sekiranya bermalam di wad melebihi 6 jam. eg. Sekiranya anda mengambil elaun hospital harian sebanyak RM200 sehari dan anda telah bermalam di wad selama 5 hari, anda akan di bayar sebanyak rm1,000. Manfaat lain yang berkaitan adalah Elaun Cuti Sakit (jika tidak dapat bekerja akibat cedera kemalangan), Elaun Pembedahan (jika terdapat prosedur pembedahan).


Contoh Claim H1N1: Subang Jaya Medical Centre
(paid using Medical Card PruBSN)

Nota penting: Peserta tidak perlu mengisi apa-apa borang tuntutan jika menggunakan Medical Card, di hospital panel kerana urusan tuntutan akan dibuat oleh pihak hospital panel sendiri. Walaubagaimanapun, untuk bil sebarang rawatan 'out-patient' yang berkaitan hendaklah di bayar dahulu dan membuat tuntutan kemudian kembali - rujuk ejen untuk info lanjut.

B) Kemasukan Hospital menggunakan 'Guarantee Letter' Majikan
Jika anda pemegang Medical Card PruBSN tetapi ingin bil perubatan anda ditanggung oleh majikan, maka anda juga layak menerima pelbagai elaun-elaun penghospitalan PruBSN seperti di atas. Hanya kemukakan 3 butir berikut kepada pihak PruBSN untuk proses tuntutan:
1.Salinan resit terperinci bil hospital yang dibayar oleh majikan
2.Laporan Perubatan Doktor (di isi oleh doktor merawat)
3.Borang Tuntutan Manfaat Elaun Penghospitalan (di isi oleh peserta)


C) Kemasukan Hospital bukan Panel PruBSN
Anda juga boleh menjalani rawatan di hospital bukan panel PruBSN (eg. Hospital Kerajaan) tetapi mestilah di rawat oleh doktor berdaftar. Anda juga layak menerima Elaun Penghospitalan seperti Elaun Wad Harian, Elaun Pembedahan, Elaun Cuti Sakit akibat kecederaan dan sebagainya.


Nota Penting : Untuk kemasukan ke Hospital bukan Panel PruBSN, anda di kehendaki membayar segala bil hospital tersebut terlebih dahulu dan kemudian membuat tuntutan bil kembali dengan syarikat Prudential BSN Takaful.
Kemukakan berikut untuk untuk memudahkan proses tuntutan balik (reimbursement) dan rujuk kepada ejen anda kembali.:
1.Resit asal bil hospital
2.Laporan perubatan daripada doktor merawat



D) Kemasukan Hospital di Luar Negara
Manfaat perlindungan di luar negara hanya untuk 90 hari pertama bermastautin bagi setiap perjalanan. Tiada sebarang perlindungan sekiranya orang yang dilindungi berada lebih daripada 90 hari di luar Malaysia bagi setiap perjalanan. Jika peserta menerima rawatan perubatan di luar negara, sila kemukakan dokumen berikut untuk membuat tuntutan rawatan luar negara:

1. Data/maklumat terperinci bagi setiap item pada bil perubatan berserta laporan perubatan doktor merawat di luar negara adalah diperlukan untuk membolehkan proses tuntutan dibuat. 2. Satu salinan passport untuk mengesahkan tarikh keluar dan kembali ke Malaysia diperlukan.
Nota: Kadar tuntutan tertakluk kepada kadar yang dibayar berdasarkan kos rawatan yang berpatutan seperti caj yang dikenakan di Malaysia. Sebagai contoh sekiranya peserta menerima rawatan sakit appendiks, eg.
Kos di Negara A : USD7,000
Kos di Malaysia : RM7,000
Peserta akan dibayar mengikut kiraan rawatan berdasarkan kepada kos rawatan di Malaysia sahaja iaitu sebanyak RM7,000.
Anda boleh menggunakan talian International SOS 24jam Hotline (reverse charge) +603-2166 7377 yang tertera di belakang Medical Card PruBSN Takaful MediAssist anda sekiranya anda memerlukan sebarang bantuan di luar negara negara


**Khas untuk klien saya, sila maklumkan kemasukan anda di hospital, supaya saya dapat memantau perkembangan urusan penghospitalan.
Jika anda mahu menguruskannya sendiri, anda boleh menghubungi Hospital Alliance Service PruBSN di talian:
03-211 60228 (Prudential Customer Service - weekdays 8am - 5pm)
03-2053 7188 (PruBSN customer service - office hour)
03-2031 8228 ext. 1050 (weekend & luar waktu pejabat)

Maklumkan kepada agen jika anda memerlukan sebarang khidmat nasihat atau pertolongan mendapatkan panduan tersebut.

Hospital Panel PruBSN

Sehingga 1 Jun 2009, sejumlah lebih 70 buah hospital pakar swasta berdaftar berada di dalam senarai hospital panel PruBSN Takaful dan anda boleh menggunakan Medical Card PruBSN untuk menerima rawatan secara 'cashless' di hospital dalam senarai di bawah:


KUALA LUMPUR / SELANGOR

Pantai Cheras Medical Centre
1 Jalan, 1/96A, Taman Cheras Makmur , 56100 Kuala Lumpur
Tel : 03-9132 2022

Sentosa Medical Centre
36, Jalan Chemur, Kompleks Damai, 50400 Kuala Lumpur
Tel : 03-4043 7166

Pantai Indah Medical Centre
Jalan Perubatan 1 , Pandan Indah , 55100 Kuala Lumpur
Tel : 03-4289 2828

Tung Shin Hospital
102, Jalan Pudu , 55100 Kuala Lumpur
Tel : 03-2072 1655

Hospital Pusrawi Sdn Bhd
Lot 149, Jalan Tun razak, 50400 Kuala Lumpur
Tel : 03-2687 5000

Assunta Hospital
Jalan Templer, 46900 Petaling Jaya , Selangor
Tel : 03-7680 7000 /03 -7781 6902

Gleneagles Hospital Kuala Lumpur
282 & 286 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur
Tel : 03-4255 2707

Subang Jaya Medical Centre
1, Jalan SS12/1A, 47500 Subang Jaya, Selangor
Tel : 03-56341212

Sri Kota Medical Centre
Jalan Mohet , 41000 Klang , Selangor
Tel :03-3373 3636

KPJ Kajang Specialist Hospital
(formerly known as SentosaMedical Centre Kajang)
Batu 14, Jalan Cheras , 43000 Kajang , Selangor
Tel : 03-8769 2999

Sunway Medical Center
No5, Jln Lagoon Selatan, Bandar Sunway,
46150, Petaling Jaya, Selangor.
Tel: 03-7491 9191

Ampang Puteri Specialist Hospital
No.1, Jalan Mamanda 9, Taman Dato'Ahmad Razali,
68000, Ampang, Selangor
Tel : 03-4270 2500

Tawakal Hospital
202-A Jalan Pahang,
53000 Kuala Lumpur
Tel : 03-4022 8063

Damansara Specialist Hospital
No. 119 Jalan SS 20/10, 47400 Petaling Jaya, Selangor
Tel : 03-7722 2692

Pantai Medical Centre
8, Jalan Bukit Pantai,
59100 Kuala Lumpur
Tel : 03-2296 0888


Prince Court Medical Centre (KLCC)
39, Jalan Kia Peng , 50450
Kuala Lumpur
Tel: 03 2160 0000

KPJ Selangor Specialist Hospital
Lot 1, Jalan Singa 20/1, Section 20,
40300 Shah Alam, Selangor
Tel: 03-5543 1111


NEGERI SEMBILAN

Seremban Specialist Hospital
Lot PT 6219 & PT 6220, Jln Tioman 1, Kemayan Square,
70200 Seremban, N Sembilan
Tel : 06-7677800

Senawang Specialist Hospital
No. 234-243, Jalan Lavender Heights 2
Laverder Business Square
70450 Senawang
Tel No. 06 - 677 1858

Nilai Cancer Institute
PT 13747,Jalan BBN 2/1
71800 Nilai, Negeri Sembilan.
Tel : 06-850 0999

Columbia Asia Medical Centre,
S'ban 292, Jalan Haruan 2, Oakland Commercial Centre,
70300 Seremban, Negeri Sembilan
Tel : 06-601 1988

N.S Chinese Maternity Medical Centre
Jalan Tun Dr Ismail, 70200 Seremban , Negeri Sembilan.
Tel : 06-762 2104

MELAKA

Putra Specialist Hospital (Melaka) Sdn Bhd
(formerly known as TheSouthern Hospital, Melaka)
169, Jalan Bendahara , 75100 Melaka
Tel : 06-283 5888

Hospital Pantai Ayer Keroh
2418-1, KM 8, Lebuh Ayer Keroh , 75450 Melaka
Tel : 06-231 9999

Mahkota Medical Centre
3, Mahkota Melaka, Jalan Merdeka , 75000 Melaka
Tel : 06-281 3333

JOHOR

Johor Specialist Hospital
39-B Jalan Abdul Samad, 80100, Johor Bahru, Johor
Tel : 07-2253000

Puteri Specialist Center
33, Jalan Tun Razak (Susur 5), 80000, Johor Bahru, Johor
Tel : 07-2233377

Hospital Penawar
17 & 18 (A-D) Pasir Gudang Business Center
Pasir Gudang 81700
Tel: 07-2521800

Medical Specialist Hospital
Wisma Maria, Jalan Ngee Heng ,
80100 Johor Bharu , Johor
Tel : 07-224 3888

Pusat Pakar Kluang Utama
No. 1, Susur 1, Jalan Beasr, 86000 Kluang, Johor
Tel : 07-771 8999

Putra Specialist Hospital (Batu Pahat)
formerly known as The Southern Hospital, Batu Pahat)
No 1, Jln Peserai, 83000, Batu Pahat, Johor
Tel : 07-413 3333

PERAK

Pantai Putri Ipoh
126, Jalan Tambun,
31400 Ipoh, Perak
Tel : 05-5484333

Apollo Medical Centre
271, Jalan Taming Sari,
34000 Taiping, Perak
Tel : 05-8056000

Fatimah Hospital
1, Leboh Chew Peng Loon, Ipoh Gardens,
31400 Ipoh, Perak
Tel : 05-5455777

Ipoh Specialist Hospital
26, Jalan Raja Dihilir,
30350 Ipoh, Perak
Tel : 05-241 8777

PENANG

Bagan Specialist Centre
Jalan Bagan 1, 13400 Butterworth
Tel : 04-3322800

Pantai Mutiara Hospital
82, Jalan Tengah, Bayan Baru,
11900 Bayan Lepas, Penang.
Tel : 04-643 3888

Gleneagles Penang Medical Centre
1, Jalan Pangkor, 10050 Pulau Pinang
Tel : 04-2276111

Penang Adventist Hospital
465, Jalan Burmah, 10350 Pulau Pinang
Tel : 04-2227200

Lam Wah Ee Hospital
141, Jalan Tan Sri The Ewe Lim,
16000 Pulau Pinang
Tel : 04-6571888

Tanjung Medical Centre
473, Jalan Burmah,
10350 Pulau Pinang
Tel : 04-2262323

Hope Children Hospital (Sg Ara)
66 & 68, Jalan Dato Ismail Hashim, Sg Ara,
11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang
Tel : 04-644 7557 / 04-644 1557

Hope Children Hospital (FARLIM)
26,26A,28 & 28A, Lintang Paya Terubong 3,
11060 Pulau Pinang
Tel : 04-829 7926/ 04-826 6557

Loh Guan Lye Specialist Centre
19, Logan Road, 10400 Pulau Pinang
Tel : 04-2388888

Island Hospital
308 Macalister Road,
10450 Penang, Malaysia
Tel : 04-228 8222

PAHANG

Kuantan Medical Centre
1,Jalan Tun Ismail 9,
25000 Kuantan , Pahang
Tel : 09-514 2828

Kuantan Specialist Hospital
51 Jalan Alor Akar,
25250 Kuantan, Pahang
Tel : 09-567 8588

KEDAH

Metro Specialist Hospital
No 1, Lorong Metro,
08000 Sungai Petani, Kedah
Tel : 04-4238888

Putra Medical Centre
888, Jalan Sekerat, Off Jalan Putra,
05100 Alor Star, Kedah
Tel : 04-7342888

Kedah Medical Center
Pumpong, 05250 Alor Setar, Kedah
Tel : 04-7308878

Strand Hospital
1, Persiaran Cempaka, Bandar Aman Jaya,
08000 Sungai Petani, Kedah
Tel : 04-4428888

KELANTAN

Universiti Sains Malaysia USM,
Kampus Kesihatan,
16150 Kubang Kerian,
Kota Bharu, Kelantan
Tel : 09-766 3137

Perdana Specialist Hospital
Lot PT37 & PT600, S
eksyen 14, Jalan Bayam.
15200 Kota Bharu, Kelantan
Tel : 09-745 8000

Kota Bharu Medical Centre
P.T 179-184, Jalan Sultan Yahya Petra, Lundang,
15150 Kota Bharu, Kelantan
Tel : 09-743 3399

TERENGGANU

Kuala Terengganu Specialist Hospital
No. 443B, Jalan Kamarudin, 20400
Kuala Terengganu, Terengganu
Tel : 09-624 5353 09

SARAWAK

Normah Specialist Medical Centre
Lot 937, Sek 30, KTLD, Jalan Tun Abdul Rahman,
Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak
Tel : 082-440055

Rejang Medical Centre
29, Jalan Pedada,
96008 Sibu, Sarawak 084-330733 084-327342
Sibu Specialist Medical Centre 52A-F, Brooke Drive,
96000 Sibu, Sarawak
Tel : 084-218800

Timberland Medical Centre
Lot 5164-5165, Blk 16, KCLD,
Taman Timberland, Rock Road,
93250 Kuching, Sarawak
Tel : 082-234466

Columbia Medical Centre, Miri
Lot 1035-1039, Jalan Bulan Sabit,
CDT 155, 98009 Miri , Sarawak.
Tel : 085-437755

Kuching Specialist Hospital
Lot 10420 Block 11,
Tabuan Stutong Commercial Center,
Jalan Setia Raja,
93350 Kuching, Sarawak.
082-365777

SABAH

Sabah Medical Centre
Lorong Bersatu,
Off Jalan Damai Luyang,
88300 Kota Kinabalu, Sabah
Tel 088-222922

Rafflesia Medical Centre
Lot 5, 6, 7, 8, Milennium Commercial Centre,
Off Jalan Lintas, Kepayan,
88200 Penampang,
Kota Kinabalu,Sabah
Tel : 088-272630

Damai Specialist Centre
DSC Building, Lorong Pokok Tepus 1,
Off Jalan Damai,
88300 Kota Kinabalu, Sabah
Tel : 088-222922



** Senarai Hospital Panel akan sentiasa di update dari semasa ke semasa jika terdapat penambahan hospital baru.
** PERHATIAN: Untuk kemasukan hospital menggunakan Medical Card PruBSN, sesetengah pihak Hospital Panel akan meminta peserta membayar deposit minima (sekitar RM200-RM500) untuk kemasukan ke wad. Tujuan deposit kemasukan (excess deposit) adalah untuk bayaran bagi caj-caj yang tidak dilindungi iaitu perkara yang bukan berkaitan dengan rawatan atau tertakluk di dalam polisi peserta (Sebagai contoh : penggunaan telefon di wad, suratkhabar, extra-bed/kerusi untuk ahli-keluarga dan sebagainya ).

Medical Card PruBSN

PruBSN adalah pengeluar Kad Perubatan (Medical Card) pertama berlandaskan Syariah & Pengendali No.1 Takaful (untuk polisi jadual berkala - tahun 2007 & 2008 berturut-turut) dalam Industri Takaful dengan Pelan Perlindungan Takafulink.

Kebenaran Tentang PenghospitalanPerlindungan kesihatan adalah satu komponen utama bagi menjamin sebuah struktur kewangan yang kukuh. Masa kini, kos rawatan hospital semakin meningkat demi tahun ke tahun (di anggarkan 15% kenaikan belanja perubatan setiap tahun - rujukan http://www.rajadarrylloh.com/images/pdf/publication/The_Rising_Cost_of_Healthcare.pdfdan boleh menjadi terlalu mahal bagi sesetengah orang.

Ramai yang beranggapan bahawa majikan mereka telah menyediakan perlindungan kos perubatan yang secukupnya untuk mereka. Namun mereka tidak menyedari kesan buruk akibat tidak membuat persediaan awal bagi menghadapi ketidaktentuan sehingga mereka dimasukkan ke hospital. Kos perbelanjaan perubatan lazimnya akan berterusan walaupun seseorang itu telah keluar dari hospital. Seseorang itu boleh dibebani dengan kos-kos rawatan akibat daripada rawatan lanjutan, dialisis buah pingggang, rawatan kemoterapi atau penjagaan oleh jururawat di rumah.

Di Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN), sejajar memahami keperluan-kehendak rakyat Malaysia, kami menawarkan pelan Major Medical Cover (MMC) dalam 'Medical Card' kami sebagai salah satu manfaat tambahan bertujuan untuk membiayai kos perubatan anda sehingga berumur 70 tahun. Ini memudahkan anda untuk kemasukan ke mana-mana hospital panel PruBSN dengan hanya mengemukakan 'Medical Card' PruBSN dan kami akan menjaga kos-kos perubatan anda sehinggalah selesai menjalani rawatan. Anda hanya perlu tumpukan kepada proses pemulihan. Berbeza dengan insuran terdahulu, dengan adanya Medical Card, anda tidak perlu melalui proses 'Pay Bill & Claim Later'.

Apakah MMC?
MMC adalah satu manfaat tambahan perubatan yang menyeluruh yang disertakan bersama pelan Takafulink PruBSN. Antara ciri-ciri kelebihan pada 'Medical Card' PruBSN kami ialah:
1.Had Kos Rawatan yang Tinggi RM500,000(min) hingga RM1.5M(max) - perlindungan paling tinggi antara syarikat Takaful.
2.Online payment cashless facility (mengikut terma & syarat)
3.Kemudahan Hospital Pakar Swasta & Khidmat Doktor Pakar
4.Penginapan di hospital
5.Jadual Pembedahan tanpa Sekatan
6.Meliputi Rawatan Kanser dan Dialisis buah-pinggang
7.Manfaat 'Out-Patient Treatment' - sebelum & selepas kemasukan hospital
8.Perlindungan 24 jam di seluruh Negara dan Bantuan Kecemasan Perubatan Antarabangsa
9.Manfaat Penjagaan Jururawat di Rumah
10.Jaminan perlindungan sehingga 70 tahun

Contoh Claim H1N1: Subang Jaya Medical Centre
(paid using Medical Card PruBSN)


Penting : Kuat-kuasa Perlindungan:

(A) Kemalangan: Perlindungan bermula serta-merta selepas permohonan polisi lulus.

(B) Penyakit:-

30 hari selepas polisi lulus - bayaran balik bil secara 're-imbursement'
90 hari selepas polisi lulus - 'Medical Card' mula aktif dan pembayaran bil 'cashless'
120 hari selepas polisi lulus, perlindungan penyakit -penyakit tertentu berikut akan bermula :-
Hipertensi atau penyakit kardiovaskular (kecuali serangan jantung)
Diabetis mellitus (kencing manis)
Semua ketumbuhan, sista,polip atau barah
Batu karang di dalam istm kencing dan hempedu
Pembedahan sinus, septum hidng atau tonsil
Hernia, buasir atau fistula
Endometriosis atau disfungsi pendarahan uterin

Manfaat perlindungan di luar negara hanya untuk 90 hari pertama bermastautin bagi setiap perjalanan. Jika peserta menerima rawatan perubatan di luar negara, manfaat yang dibayar adalah berdasarkan kos rawatan yang berpatutan seperti caj yang dikenakan di Malaysia.

Perlindungan bil perubatan meliputi semua jenis penyakit dan kemalangan kecuali yang berikut di bawah:
1)Kecederaan diri yang disengajakan.
2)Peperangan, penglibatan secara langsung dalam rusuhan, mogok atau kekacauan awam.
3)Kehamilan, melahirkan anak, keguguran atau pengguguran janin.
4)Rawatan pergigian melainkan diperlukan kerana kecederaan akibat kemalangan atau penyakit yang melibatkan pembedahan oral.
5)Sebarang pembedahan elektif, pembedahan kosmetik atau plastik (melainkan diperlukan kerana kecederaan akibat kemalangan atau penyakit).
6)Kemasukan ke hospital yang tujuan utamanya ialah untuk penyiasatan, diagnosis, pemeriksaan Xray, pemeriksaan fi zikal am atau pemeriksaan kesihatan rutin; rawatan khusus untuk mengurangkan atau menambahkan berat badan; pemulihan, penjagaan atau rehat pulih.
7)AIDS, kewujudan sebarang jangkitan HIV atau penyakit yang disebarkan melalui hubungan seks.
8)Perkhidmatan yang tidak berkaitan dengan rawatan perubatan.
9)Penyakit otak, penyakit jiwa, penyalahgunaan/ketagihan arak atau bahan.
10)Ketidaksuburan, pencegahan hamil, pemandulan, kecacatan kelahiran, kecacatan kongenital, berkhatan.
11)Sukan professional, sebarang jenis perlumbaan, selam skuba, aktiviti sukan udara dan sebarang aktiviti atau sukan berbahaya lain.
12)Sebarang pelanggaran atau percubaan untuk melanggar undang-undang atau menentang daripada ditahan.

NOTA PENTING: Pengendali takaful tidak akan membayar mana-mana manfaat yang berpunca daripada keadaan sedia-wujud secara langsung atau tidak langsung jika keadaan ini tidak di dedahkan oleh peserta di dalam borang cadangan awal.

Jenis Manfaat Takafulink

Dengan Pelan Takafulink PruBSN, anda hanya perlu menentukan keperluan perlindungan anda, seperti perlindungan asas dan manfaat-manfaat pilihan dan tambahan yang lain. Kemudian tentukan jumlah yang mampu anda ketepikan setiap bulan. Dan anda boleh mula melindungi kesihatan serta masa depan kewangan anda dengan banyak manfaat perlindungan seperti di bawah yang akan membuat anda rasa benar-benar selamat.

Berikut adalah ringkasan manfaat-manfaat Takafulink PruBSN yang komprehensif meliputi gabungan semua jenis perlindungan hayat, perlindungan penghospitalan dan simpanan pelaburan:-

1. Manfaat Asas - Manfaat Kematian Atau Hilang Upaya Kekal.
Jika berlaku kematian (akibat penyakit atau kemalangan) atau hilang upaya kekal, waris atau peserta akan menerima sejumlah pampasan berserta pulangan simpanan yang ada untuk mereka meneruskan kehidupan. Perlindungan untuk manfaat ini sehingga umur 80 tahun. Perlindungan bermula sebaik sahaja polisi Takafulink di luluskan.

2. Manfaat 36 Penyakit Kritikal
Jika peserta disahkan menghidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal, peserta akan menerima sejumlah dana sara-hidup untuk keperluan peribadi. Manfaat ini juga akan melindungi anda sehingga berumur 80 tahun. Perlindungan bermula selepas 2 bulan polisi Takafulink di luluskan.

3. Manfaat Hilang Upaya Kekal dan Kematian Akibat Kemalangan.
Jika peserta meninggal dunia akibat kemalangan, pampasan kematian akibat kemalangan bersama manfaat asas dan simpanan akan diberikan kepada waris peserta . Jika kematian akibat kemalangan semasa menaiki kenderaan awam di darat, pampasan kematiannya adalah 2 kali ganda. Dan jika kemalangan melibatkan kehilangan anggota badan, pampasan akan diberikan mengikut peratusan pada jenis serius kecacatan kekal pada peserta. Perlindungan ini berlangsung sehingga umur 70 tahun. Perlindungan bermula sebaik sahaja polisi Takafulink di luluskan.

4. Manfaat Khairat Kematian.
Sejumlah khairat kematian akan diberikan serta-merta sebaik pewaris mengemukakan bukti kematian peserta kepada syarikat. Khairat kematian ini membantu untuk menanggung kos urusan pengkebumian jenazah.

5. 'Medical Card' PruBSN Takaful MediAssist (Major Medical Cover)
Memberikan anda perlindungan perubatan utama bagi kos rawatan hospital sekiranya dimasukkan ke hospital pakar swasta disebabkan penyakit atau kecederaan. Perlindungan sebanyak RM500,000 (min) hingga RM1.5 juta (max) untuk rawatan di hospital panel dan boleh digunakan di seluruh dunia. Skop perlindungan penyakit yang lebih luas dan tidak terhad kepada penyakit kritikal sahaja. Had perlindungan adalah sehingga umur 70 tahun. Memudahkan peserta menjelaskan bil rawatan di panel hospital pakar swasta dengan hanya mengemukakan Medical Card dan bayaran bil dijelaskan terus oleh PruBSN secara online kepada hospital sebaik peserta dibenarkan pulang ke rumah.

6. Bayaran Ganti-Balik Perubatan akibat Kecederaan
Ini adalah manfaat tambahan kepada manfaat perlindungan kemalangan anda. Ianya membayar balik semua kos perubatan akibat kecederaan berdasarkan jumlah yang dilindungi dalam masa 2 tahun dari tempoh kemalangan berlaku. Rawatan tidak terhad kepada kepada hospital pakar sahaja, malahan boleh mendapatkan rawatan di mana-mana klinik dan tuntutan dibayar-balik mengikut jumlah kos rawatan tersebut. Perlindungan bermula sebaik sahaja polisi Takafulink di luluskan.

7. Elaun Harian Hospital
Sekiranya anda dimasukkan ke hospital pakar atau hospital kerajaan melebihi 6 jam di wad disebabkan kesakitan atau kecederaan, anda akan menerima elaun hospital mengikut jumlah bilangan hari anda bermalam di hospital. Peserta juga layak menerima Elaun Harian Hospital jika bil rawatannya di tanggung oleh majikan. Perlindungan bermula selepas 30 hari polisi Takafulink di luluskan.


8. Elaun Indemniti Mingguan - Manfaat Hilang Upaya Sementara
Memberi bantuan tunai mingguan jika peserta kehilangan upaya sementara akibat kemalangan. Iaitu jika peserta ditimpa kecederaan yang menyebabkan dia tidak boleh bekerja (M.C), peserta akan menerima Elaun Imdemniti Mingguan mengikut bilangan minggu tidak dibenarkan bekerja oleh doktor akibat hilang upaya sementara. Perlindungan bermula sebaik sahaja polisi Takafulink di luluskan.

9. Elaun Pembedahan.
Sekiranya peserta menjalani rawatan pembedahan akibat penyakit atau kemalangan, selain kos rawatan di bayar dengan Medical Card, peserta juga akan menerima wang elaun pembedahan tunai mengikut tahap 'Severity Level' prosedur pembedahan. Selain itu, manfaat ini juga menyediakan gabungan manfaat tambahan Elaun Hospital dan Elaun ICU.

10. Manfaat Penyumbang-bayar
Perlindungan ini membantu membayar caruman sumbangan premium tahunan sekiranya peserta diserang penyakit kritikal. Peserta tidak perlu membayar lagi caruman bulanan sehingga umur 80 tahun. Tetapi masih boleh menggunakan Medical Card dan memperolehi manfaat-manfaat lain sehingga umur 70 tahun. Simpanan juga diteruskan oleh pihak syarikat PruBSN sehingga berumur 80 tahun. Bayaran dihentikan apabila anda meninggal dunia. Manfaat lain yang berkaitan adalah : Parent Contributor, Spouse Contributor, Takaful Saver Contributor, Takaful Saver Parent Contributor

11. Pulangan Simpanan Pelaburan
Pelan Takafulink PruBSN juga membantu anda merancang simpanan anda dengan menawarkan pelbagai dana untuk memaksima pulangan pelaburan anda. Sumbangan diperuntukkan menurut tahun sijil dan peratusan yang sepadan dengannya seperti di bawah:


Simpanan ini boleh dikeluarkan bila-bila masa tanpa menunggu tempoh matang dengan syarat jumlah 'Total Surrender Value' telah melebihi RM4,000. Simpanan juga tidak terusik walaupun berlaku tuntutan manfaat penghospitalan berlaku! Dan sekiranya anda ingin mendapatkan pulangan yang lebih tinggi, anda boleh menambah caruman tambahan dalam Takaful Saver.

Ringkasan Jadual Manfaat (3 dalam 1) Takafulink PruBSN


Semua manfaat ini anda boleh dimiliki dari hanya RM5.00 sehari!




** PENTING: Lampiran ini hanya memberikan keterangan ringkas, untuk mendapatkan maklumat yang tepat mengenai terma dan syarat sila rujuk dokumen polisi anda.