Friday, December 25, 2009

Manfaat Simpanan

Selain peserta PruBSN memperolehi pelan utama perlindungan, mereka juga dapat menikmati pulangan simpanan hasil daripada pelaburan mereka di Dana Syari'ah kami untuk kegunaan akan datang misalnya, mengerjakan haji, simpanan pencen peribadi atau kegunaan pendidikan anak-anak ke universiti.

Simpanan di pelan PruBSN Takaful merupakan simpanan pelaburan untuk keuntungan jangka panjang. Walaubagaimanapun konsep simpanan pelaburan dalam takaful/insuran tidaklah sama seperti simpanan pelaburan di bank / ASB / tabung haji. Maksudnya begini, bila anda menyimpan dalam takaful contohnya; RM100 sebulan, anda tidak boleh mengharapkan
semula kesemua caruman RM1200++ dalam setahun. Ini kerana terdapat caj-caj pengurusan takaful, perlindungan yang dikenakan pada pihak peserta. Dan kebiasaannya, nilai pulangan/serahan antara tahun-1 hingga tahun ke-3 agak rendah.

Tetapi tidaklah mustahil, dalam masa jangka yang panjang, hasil simpanan di Takaful juga boleh memberikan pulangan yang baik seperti institusi pelaburan lain. Berikut di bawah adalah pulangan bagi tahun lalu selepas di lancarkan:


Keunikan simpanan PruBSN ialah simpanan akan diteruskan oleh pihak PruBSN sehingga berumur 80 tahun walaupun peserta lumpuh atau sakit kritikal, apabila disertakan dengan manfaat Contributor.
(Manfat berkaitan: Parent Contributor, Spouse Contributor, Takaful Saver Contributor, Takaful Saver Parent Contributor)

Jika berlaku musibah kematian kepada peserta, perwaris akan menerima kesemua nilai simpanan tersebut bersama dengan manfaat pampasan kematian.

Tiada tempoh matang untuk syarat pengeluaran wang simpanan. Pengeluaran simpanan boleh dilakukan pada bila-bila masa dengan syarat apabila simpanan PruBSN melebihi nilai RM4,000. Cara-cara pengeluaran wang simpanan ialah dengan mengisi borang pengeluaran wang yang boleh di dapati di mana-mana cawangan Prudential atau PruBSN dan peserta akan menerima cek antara 3 hari - 2 minggu.

Dengan adanya kemudahan skim simpanan ini, peserta juga boleh menangguhkan caruman premium sementara, tetapi masih dapat menikmati perlindungan yang berpanjangan sehinggalah nilai simpanan itu susut dengan sendirinya.


**Nota: Sebarang tuntutan manfaat atau penggunaan Medical Card PruBSN, tidak akan menjejaskan nilai simpanan PruBSN peserta, kerana masing-masing mempunyai akaun yang berbeza.


Antara contoh pengeluaran wang simpanan PruBSN:

1. Pengeluaran wang simpanan RM3,000





2. Pengeluaran wang 'surrender policy'



No comments:

Post a Comment