Monday, December 21, 2009

Renungan Pertama

Saya yakin kehadiran anda disini, tentunya sedang dalam pencarian jaminan perlindungan atau nama lainnya 'Insuran'.

Dan saya tidak perlu menyakinkan anda tentang konsep insuran ini, kerana sama-ada anda percaya atau tidak percaya dengan konsep insuran, anda sebenarnya sudah lama mengamalkan konsep insuran dalam kehidupan seharian. Ini kerana, pekerjaan atau perniagaan kita sendiri adalah merupakan suatu 'alat insuran’ kepada kehidupan sekeluarga.

Saya dan juga anda bekerja bagi menjamin sumber kewangan yang berterusan, atau memenuhi keperluan kewangan yang boleh jadi timbul secara mendadak. Kita semua bergantung kepada pekerjaan atau perniagaan yang kita lakukan sekarang untuk menyara kehidupan. Sama-ada terpaksa bangun awal pagi, meredah kesesakan lalu-lintas atau terpaksa bekerja bertungkus-lumus lebih masa sehinggakan lewat malam, semua ini kerana pekerjaan atau perniagaan itu, adalah satu ‘insuran’ bagi menjamin sumber kewangan kita sekeluarga. Kesihatan anda adalah 'premium' kepada perkerjaan anda sendiri!

Sebab itulah saya katakan, saya tidak perlu meyakinkan anda tentang konsep insurans, kerana selama ini kita sebenarnya sudah pun yakin dan praktis konsep insuran ini dalam kehidupan kita sendiri.


Cuma persoalannya sekarang:-
1)Apa akan terjadi kepada kewangan anda apabila anda sudah tidak boleh bekerja/berniaga lagi?
2)Bagaimana anda hendak menunaikan tanggungjawab terhadap keluarga, apabila anda sudah tidak berupaya untuk bekerja atau meneruskan perniagaan?

Maka inilah sebabnya mengapa kita perlu memiliki insuran untuk membantu meneruskan jaminan kewangan kepada keluarga, supaya kita dapat tetap menunaikan tanggungjawab terhadap keluarga, walaupun setelah kita sudah tidak berupaya atau sudah tiada!

Jika sebelum ini, anda memiliki pekerjaan atau perniagaan sebagai satu jaminan kewangan, maka perluaskan keupayaan anda, dengan memiliki insuran sebagai satu jaminan tambahan. Agar kehidupan keluarga tersayang anda masih boleh meneruskan kehidupan mereka seperti biasa, dengan adanya bantuan kewangan dari insuran.

Ianya untuk membantu anda memastikan jaminan sumber kewangan yang berterusan dan menutup kerugian kewangan musibah (eg. kehilangan kesihatan untuk bekerja) yang boleh berlaku di dalam kehidupan anda.



Saban hari kita lihat di media dan banyak sudah menjadi kisah tauladan masyarakat dan kita perlu menerima hakikat bahawa musibah boleh datang menimpa tanpa mengira usia dan masa. Semua antara kita perlukan perancangan kewangan atas perkara yang tidak ketentuan. Memiliki insuran merupakan cara terbaik untuk kita memperluaskan skop jaminan kewangan yang sedia ada kita miliki dari pekerjaan atau perniagaan. Ini sebagai persediaan menghadapi apa jua kemungkinan untuk melindungi kehidupan kita sekeluarga.

Insuran bukan sahaja dapat menyediakan duit sara hidup di saat kita sudah tidak berupaya apabila di timpa musibah tetapi ia juga dapat membantu kita menunaikan tanggungjawab terhadap keluarga tersayang di masa kita sudah tiada lagi di dunia nanti! Memiliki insuran bukan bermakna kita merancang untuk mati tidak lama lagi! Sebaliknya, memiliki insuran itu bertujuan untuk kita melindungi kewangan keluarga kita, daripada kerugian kewangan yang berpunca dari musibah tertentu seperti ditimpa penyakit kritikal atau kemalangan, lumpuh keseluruhan atau meninggal dunia.


Renung-renungkan dan selamat beramal!

No comments:

Post a Comment