Monday, December 21, 2009

Contoh Claim 1

Pasti ramai pembaca yang tertanya-tanya akan bagaimanakah urusan 'claim' (tuntutan) itu berjalan. Berikut di bawah adalah kronologi salah satu tuntutan claim yang di lakukan oleh klien saya dengan menggunakan Medical Card PruBSN.


Info Klien: Mr. RXR (bukan nama sebenar)
Age: 38 tahun
Pekerjaan: Tenaga Pengajar IPTA
Tarikh mula daftar polisi PruBSN: 1 JULY 2008
Premium Bulanan : RM180 per bulan

Di masukkan ke Hospital KPJ Johor Specialist pada 3 DEC 2008 akibat penyakit batu karang. (Pada awalnya mula pergi ke hospital kerajaan tetapi di benarkan pulang setelah di beri ubat 'pain killer'). Menjalani rawatan perubatan di Hospital Panel PruBSN dan bermalam 5 hari di wad sehingga pulih dan di benarkan pulang pada 8 DEC 2008.

Jumlah Bil Hospital: RM9,420.96
Co-Takaful: RM853.72 (jumlah wang yang Mr. RxR perlu bayar kepada Hospital, dan baki bil lebih RM8 ribu dibayar terus oleh PruBSN melalui Medical Card)


Bil Hospital terperinci [sila klik image untuk zoom in]


Resit jaminan pembayaran bil yang telah dijelaskan oleh PruBSN kepada Hospital (diberikan salinan kepada klien semasa proses 'discharged') [sila klik image untuk zoom in]


Pada 14 DEC 2008, Mr. RxR datang semula ke hospital yang sama untuk rawatan follow-up 'out-patient' untuk penyakit batu karangnya. Bil di bayar oleh Mr. RxR = RM670.10 [sila klik image untuk zoom in]


Selepas sebulan, Mr. RxR menerima cek Elaun Hospital Harian sebanyak RM1,000 kerana 5hari bermalam di hospital (RM1,000 = *RM200 x 5 hari) [**Elaun Hospital polisi Mr. RxR ialah RM200 per day] [sila klik image untuk zoom in]




Pada 24 DEC 08, Mr RxR menerima lagi cek tuntutan rawatan follow-up 'out-patient', bernilai RM589.59 [sila klik image untuk zoom in]





**Nota: Sebarang penggunaan Medical Card, tidak akan menjejaskan simpanan Insuran peserta.


Berikut adalah Pampasan Kematian yang di wariskan oleh arwah kepada isteri (RM20,000) dan anaknya (RM20,000):








No comments:

Post a Comment