Friday, December 25, 2009

Talian Khidmat Pelanggan

Jika anda mempunyai sebarang masalah berkenaan dengan polisi anda, anda boleh berurusan sendiri di pejabat beralamat:

Prudential BSN Takaful Berhad
Tingkat 22.02, City Plaza,
81000 Johor Bahru, Johor

atau menghubungi 'Customer Service' secara:

* Telefon: 03-2053 7188 (Customer Service)
* Emel: customer@prubsn.com.my

Proses Aduan:



Atau anda juga boleh menghubungi saya di talian 012-744 6876 untuk bantuan permasalahan berkenaan insuran/takaful anda.

Hubungi Saya

Saya adalah Perunding sepenuh-masa untuk Produk PruBSN dan Prudential. Anda boleh menghubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan perundingan percuma di:

* Tel/sms: 012-7446876
* Email: amengateng@yahoo.com and gmail


* Lokasi: Johor Bahru (City Plaza)

Nasihat Yang Berguna

Antara ayat Quran dan Hadith yang menyarankan dan menyokong unsur 'bantu-membantu' sebagai amalan yang diterima dan diredhai Allah

HADITH RIWAYAT IBNU MAJAH
“Sesungguhnya seseorang yang beriman ialah sesiapa yang memberi keselamatan dan perlindungan terhadap harta dan jiwa raga manusia”

HADITH RIWAYAT AL-BUKHARI
"Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta"

SURAH AL-MAIDAH, ayat 2
“Dan tolong menolonglah kamu pada perkara kebaikan dan janganlah bekerjasama dalam perkara-perkara dosa dan yang menimbulkan permusuhan”


SURAH AL-BAQARAH, ayat 240


Terjemahan:
"Dan orang-orang yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri-isteri mereka, iaitu di beri nafkah (saguhati) - makan, pakaian dan tempat tinggal hingga setahun lamanya, dan tidak di suruh pindah dari tempat tinggalnya. Kemudian jika mereka keluar (dari tempat tinggalnya dengan dengan kehendaknya sendiri) maka tidaklah kamu bersalah (wahai wali waris si mati) mengenai apa yang mereka (isteri-isteri itu) lakukan pada diri mereka dari perkara yang patut yang tidak di larang syarak itu dan ingatlah, Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana"

Cuba kita renungkan maksud terjemahan ayat al-Quran di atas, Allah S.W.T menyuruh para suami menyediakan sejumlah dana sekurang-kurangnya untuk perbelanjaan selama setahun jika semasa ketiadaan kita.

Mari kita renungkan, apabila kita di arahkan oleh majikan untuk keluar 'outstation' selama 3 hari, seminggu, sebulan berapakah jumlah wang yang kita tinggalkan kepada keluarga untuk perbelanjaan harian mereka.

Dan bagaimanapula, jika keluar 'outstation' selama-lamanya??? ..dan jika ini berlaku semalam..

Adakah kita meninggalkan simpanan atau bebanan hutang kepada mereka?

Fikir-fikirkanlah dan selamat beramal...

Kesilapan Umum

KESILAPAN KEWANGAN UMUM

Kesilapan 1 : Sentiasa menangguh untuk memulakan sistem perancangan.

Tidak syak lagi inilah kesilapan yang paling besar sekali. Tanyalah diri kita sendiri sudah berapa kali perkataan seperti "Tak Apa lah", "Nanti La Dulu", "Tunggu Lepas Kahwin la", "Kasi Anak Besar dulu", sering dijadikan alasan untuk tidak memulakan pelan kewangan seperti tabungan untuk pendidikan anak, insuran perubatan atau membuat temu-janji dengan perancang kewangan bagi membaik-pulih pinjaman anda.

Kesilapan 2 : Gagal menetapkan matlamat kewangan dan cara mencapainya.

Kita sendiri sedar yang tiada orang yang merancang untuk gagal tetapi kebanyakannya gagal untuk merancang. Mungkin sibuk dengan pelbagai tugas dan tanggungjawab anda tidak mempunyai masa untuk menulis di atas kertas jawapan kepada soalan-soalan seperti :

* Apakah 3 matlamat kewangan anda?
* Bila jangka masa pencapaiannya?
* Berapa yang perlu diperuntukkan setiap bulan?


Kesilapan 3 : Kekurangan disiplin untuk menabung secara sistematik.

Media massa sekarang ini dipenuhi dengan iklan dan propaganda bertujuan mengalakkan kita berbelanja lebih dari yang sepatutnya. Tetapi patutkah media massa dipersalahkan? Apakah ada sistem atau rahsia yang boleh menyelamatkan wang kita daripada lanun-lanun seperti kad kredit, jualan murah, desakan rakan sebaya dan gaya hidup serba glamer?

Kesilapan 4 : Kejahilan tentang konsep nilai masa (time value) wang.

Semua orang tahu pasal hutang kad kredit, hutang along dan hutang pinjaman perumahan yang seolah-olah tak pernah habis dibayar dan kalau dapat dibayar pun akan mengambil masa yang lama. Berdasarkan prinsip yang sama (iaitu konsep nilai mata wang) simpanan RM100 sebulan selama 20 tahun pada kadar faedah 10 peratus setahun (kadar kad kredit ialah 18 peratus) akan menghasilkan harta RM72000. Tetapi malangnya masih ramai yang lebih suka menyimpan dengan syarikat kad kredit dan sentiasa merungut tidak cukup wang.

Kesilapan 5 : Perlindungan Takaful/Insuran yang tidak mencukupi.

Apabila memulakan satu sistem simpanan untuk tujuan tertentu contohnya deposit pembelian rumah, tabung pendidikan anak, ada risiko yang boleh menyebabkan wang simpanan tersebut tiba-tiba hangus. Contohnya seperti belanja perubatan, hilang upaya bekerja , kemalangan. Bolehkah kita berserah kepada takdir semata-mata untuk memastikan matlamat kewangan kita tercapai?

Kesilapan 6 : Kegagalan menangani musuh wang yang utama iaitu inflasi

Bayangkan harga sebuku roti 10 tahun dari sekarang, atau segelas teh tarik. Kajian KWSP telah pun menunjukan bahawa duit simpanan yang diambil oleh pencarum sewaktu usia 55 tahun habis dalam jangka masa 3 tahun sahaja. Anda bagaimana, apa senjata yang ada untuk melawan inflasi, kanser kewangan nombor satu?

Kesilapan 7 : Keengganan menggunakan perkhidmatan penasihat kewangan bertauliah.

Kesilapan ini telah digunakan oleh pihak-pihak tertentu memperkenalkan skim cepat kaya, pembelian insuran/takaful dan unit trust yang tidak sesuai dan penggunaan wang KWSP yang tidak berpadanan dengan profil penyimpan. Semua orang tahu bila sakit harus jumpa doktor bukan peguam. Begitu juga kalau ada kes undang-undang jumpa peguam bukan doktor. Tidakkah logik untuk meminta khidmat nasihat seorang penasihat kewangan/perunding takaful bagi mengatasi dilemma pengurusan kewangan anda?

TINDAKAN SUSULAN!
Wahai pembaca budiman, diharapkan anda sekarang tahu di mana kesilapan anda. Seterusnya saya cadangkan supaya anda betulkan sebarang kesilapan dan ambil tindakan sama untuk merancang sendiri atau membuat temu janji dengan seorang penasihat kewangan/perunding takaful bertauliah.

Insuran Pendidikan

KEBANYAKAN ibu bapa sekarang mulai sedar kepentingan mendapatkan perlindungan untuk anak-anak terutama dari aspek pendidikan. Bagi pasangan suami isteri Sharifuddin Baharudin, 34, dan Ku Marziahani Ku Mansor, 32, yang mempunyai dua cahaya mata, Nur Zulaikha, 7, dan Aimanuddin, 6, hampir setiap bulan mereka merancang kewangan dengan teratur bagi memastikan perbelanjaan tidak melebihi pendapatan.

“Kami buat akaun berapa duit yang masuk, keluar, perbelanjaan harian, simpanan, anak-anak dan untuk masa kecemasan. Lebih kurang macam kunci kira-kira,” ujar Sharifuddin.

Walaupun mempunyai dua orang anak, pasangan ini membuat perancangan awal untuk perbelanjaan pendidikan mereka pada masa depan supaya tidak timbul sebarang masalah apabila melanjutkan pelajaran ke universiti yang memerlukan kos yang agak tinggi.

Ku Marziahani yang lebih mesra dengan panggilan Kak Ani berpendapat, insurans merupakan satu bentuk tabungan yang menyediakan banyak kemudahan terutama dari segi perlindungan. Menyimpan dengan insurans juga dapat membentuk disiplin diri dalam menabung kerana kita terpaksa menyimpannya setiap bulan dan tidak boleh dikeluarkan sesuka hati.

“Kalau tidak bayar dalam empat bulan, contohnya, kemungkinan besar kita tak dapat perlindungan sekiranya sesuatu terjadi. Simpanan insurans lebih baik berbanding di bank. Sekiranya terjadi sesuatu ke atas pembayar atau penama, insurans akan meneruskan pembayaran setiap bulan sehinggalah polisi itu mencapai tempoh matang,” katanya yang berasal dari Kedah.

Secara tidak langsung ia dapat meringankan beban sekiranya berlaku perkara yang tidak disangka dan dapat melindungi masa depan anak-anak.

Ini kerana pendidikan menjadi agenda penting dalam pembangunan negara bagi melahirkan masyarakat yang berilmu. Namun, masih ada yang tercicir daripada mendapatkan pendidikan tinggi akibat kekurangan sumber kewangan.

Hakikat yang perlu diperhalusi daripada pelbagai isu yang timbul ialah sejauh manakah ibu bapa mampu merancang kewangan mereka agar anak-anak berupaya mendapat pendidikan sempurna. Untuk itu, tidak timbul soal pinjaman pendidikan yang menjadi polemik di kalangan masyarakat dan pemimpin negara.

“Sebelum negara mencapai kemerdekaan, orang Islam tidak mempunyai tempat yang khusus untuk menyimpan dana sehinggalah Prof. Diraja Ungku Aziz memperkenalkan konsep Tabung Haji yang akhirnya ditubuhkan pada 1969 sebagai kemudahan tabungan untuk mengerjakan fardu haji dan institusi pelaburan bagi orang Islam. Kemudian, ia diperluaskan dengan kemunculan Bank Islam, koperasi dan sistem takaful. Insurans juga sebenarnya merupakan satu bentuk tabungan,” kata beliau.

Semakin hari masyarakat semakin sedar betapa perlunya mempunyai simpanan sebagai bekalan pada masa hadapan sekiranya berlaku tragedi yang tidak diingini atau demi pendidikan anak-anak. Ini terbukti dengan penyertaan masyarakat terhadap institusi tersebut.

Peningkatan perlu ada untuk memperkukuhkan kesedaran masyarakat supaya ia berterusan dan konsisten. Perancangan kewangan yang melibatkan pendapatan isi rumah dengan memberi keutamaan kepada keperluan yang lebih penting kena diberi perhatian.

Bagaimanapun, katanya, di Malaysia, masyarakat masih kurang faham tentang kepentingan insurans terutama kesedaran mengenai perlindungan masa depan anak-anak seperti pendidikan. Banyak pihak perlu memainkan peranan agar keperluan perlindungan pendidikan menjadi satu agenda penting dalam pengurusan kekeluargaan.

“Semasa saya menjadi felo di Victoria University of Wellington, New Zealand, saya dapati terdapat pelajar yang menyambung pelajaran di sana menggunakan dana hasil penyertaan dalam skim-skim insurans tertentu yang diuruskan oleh ibu bapa mereka sejak mereka kecil lagi. Maknanya, ibu bapa itu sedar tentang persediaan masa depan, sama ada pelajaran ataupun menghadapi perkara yang tidak dijangka seperti kemalangan,” ujar beliau mengenai kepentingan menabung demi pendidikan anak-anak.