Monday, December 21, 2009

Jenis Manfaat Takafulink

Dengan Pelan Takafulink PruBSN, anda hanya perlu menentukan keperluan perlindungan anda, seperti perlindungan asas dan manfaat-manfaat pilihan dan tambahan yang lain. Kemudian tentukan jumlah yang mampu anda ketepikan setiap bulan. Dan anda boleh mula melindungi kesihatan serta masa depan kewangan anda dengan banyak manfaat perlindungan seperti di bawah yang akan membuat anda rasa benar-benar selamat.

Berikut adalah ringkasan manfaat-manfaat Takafulink PruBSN yang komprehensif meliputi gabungan semua jenis perlindungan hayat, perlindungan penghospitalan dan simpanan pelaburan:-

1. Manfaat Asas - Manfaat Kematian Atau Hilang Upaya Kekal.
Jika berlaku kematian (akibat penyakit atau kemalangan) atau hilang upaya kekal, waris atau peserta akan menerima sejumlah pampasan berserta pulangan simpanan yang ada untuk mereka meneruskan kehidupan. Perlindungan untuk manfaat ini sehingga umur 80 tahun. Perlindungan bermula sebaik sahaja polisi Takafulink di luluskan.

2. Manfaat 36 Penyakit Kritikal
Jika peserta disahkan menghidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal, peserta akan menerima sejumlah dana sara-hidup untuk keperluan peribadi. Manfaat ini juga akan melindungi anda sehingga berumur 80 tahun. Perlindungan bermula selepas 2 bulan polisi Takafulink di luluskan.

3. Manfaat Hilang Upaya Kekal dan Kematian Akibat Kemalangan.
Jika peserta meninggal dunia akibat kemalangan, pampasan kematian akibat kemalangan bersama manfaat asas dan simpanan akan diberikan kepada waris peserta . Jika kematian akibat kemalangan semasa menaiki kenderaan awam di darat, pampasan kematiannya adalah 2 kali ganda. Dan jika kemalangan melibatkan kehilangan anggota badan, pampasan akan diberikan mengikut peratusan pada jenis serius kecacatan kekal pada peserta. Perlindungan ini berlangsung sehingga umur 70 tahun. Perlindungan bermula sebaik sahaja polisi Takafulink di luluskan.

4. Manfaat Khairat Kematian.
Sejumlah khairat kematian akan diberikan serta-merta sebaik pewaris mengemukakan bukti kematian peserta kepada syarikat. Khairat kematian ini membantu untuk menanggung kos urusan pengkebumian jenazah.

5. 'Medical Card' PruBSN Takaful MediAssist (Major Medical Cover)
Memberikan anda perlindungan perubatan utama bagi kos rawatan hospital sekiranya dimasukkan ke hospital pakar swasta disebabkan penyakit atau kecederaan. Perlindungan sebanyak RM500,000 (min) hingga RM1.5 juta (max) untuk rawatan di hospital panel dan boleh digunakan di seluruh dunia. Skop perlindungan penyakit yang lebih luas dan tidak terhad kepada penyakit kritikal sahaja. Had perlindungan adalah sehingga umur 70 tahun. Memudahkan peserta menjelaskan bil rawatan di panel hospital pakar swasta dengan hanya mengemukakan Medical Card dan bayaran bil dijelaskan terus oleh PruBSN secara online kepada hospital sebaik peserta dibenarkan pulang ke rumah.

6. Bayaran Ganti-Balik Perubatan akibat Kecederaan
Ini adalah manfaat tambahan kepada manfaat perlindungan kemalangan anda. Ianya membayar balik semua kos perubatan akibat kecederaan berdasarkan jumlah yang dilindungi dalam masa 2 tahun dari tempoh kemalangan berlaku. Rawatan tidak terhad kepada kepada hospital pakar sahaja, malahan boleh mendapatkan rawatan di mana-mana klinik dan tuntutan dibayar-balik mengikut jumlah kos rawatan tersebut. Perlindungan bermula sebaik sahaja polisi Takafulink di luluskan.

7. Elaun Harian Hospital
Sekiranya anda dimasukkan ke hospital pakar atau hospital kerajaan melebihi 6 jam di wad disebabkan kesakitan atau kecederaan, anda akan menerima elaun hospital mengikut jumlah bilangan hari anda bermalam di hospital. Peserta juga layak menerima Elaun Harian Hospital jika bil rawatannya di tanggung oleh majikan. Perlindungan bermula selepas 30 hari polisi Takafulink di luluskan.


8. Elaun Indemniti Mingguan - Manfaat Hilang Upaya Sementara
Memberi bantuan tunai mingguan jika peserta kehilangan upaya sementara akibat kemalangan. Iaitu jika peserta ditimpa kecederaan yang menyebabkan dia tidak boleh bekerja (M.C), peserta akan menerima Elaun Imdemniti Mingguan mengikut bilangan minggu tidak dibenarkan bekerja oleh doktor akibat hilang upaya sementara. Perlindungan bermula sebaik sahaja polisi Takafulink di luluskan.

9. Elaun Pembedahan.
Sekiranya peserta menjalani rawatan pembedahan akibat penyakit atau kemalangan, selain kos rawatan di bayar dengan Medical Card, peserta juga akan menerima wang elaun pembedahan tunai mengikut tahap 'Severity Level' prosedur pembedahan. Selain itu, manfaat ini juga menyediakan gabungan manfaat tambahan Elaun Hospital dan Elaun ICU.

10. Manfaat Penyumbang-bayar
Perlindungan ini membantu membayar caruman sumbangan premium tahunan sekiranya peserta diserang penyakit kritikal. Peserta tidak perlu membayar lagi caruman bulanan sehingga umur 80 tahun. Tetapi masih boleh menggunakan Medical Card dan memperolehi manfaat-manfaat lain sehingga umur 70 tahun. Simpanan juga diteruskan oleh pihak syarikat PruBSN sehingga berumur 80 tahun. Bayaran dihentikan apabila anda meninggal dunia. Manfaat lain yang berkaitan adalah : Parent Contributor, Spouse Contributor, Takaful Saver Contributor, Takaful Saver Parent Contributor

11. Pulangan Simpanan Pelaburan
Pelan Takafulink PruBSN juga membantu anda merancang simpanan anda dengan menawarkan pelbagai dana untuk memaksima pulangan pelaburan anda. Sumbangan diperuntukkan menurut tahun sijil dan peratusan yang sepadan dengannya seperti di bawah:


Simpanan ini boleh dikeluarkan bila-bila masa tanpa menunggu tempoh matang dengan syarat jumlah 'Total Surrender Value' telah melebihi RM4,000. Simpanan juga tidak terusik walaupun berlaku tuntutan manfaat penghospitalan berlaku! Dan sekiranya anda ingin mendapatkan pulangan yang lebih tinggi, anda boleh menambah caruman tambahan dalam Takaful Saver.

Ringkasan Jadual Manfaat (3 dalam 1) Takafulink PruBSN


Semua manfaat ini anda boleh dimiliki dari hanya RM5.00 sehari!




** PENTING: Lampiran ini hanya memberikan keterangan ringkas, untuk mendapatkan maklumat yang tepat mengenai terma dan syarat sila rujuk dokumen polisi anda.

No comments:

Post a Comment