Monday, December 21, 2009

Pengertian Takaful

Takaful adalah satu perkataan yang berasal dari perkataan Arab 'Al-Kafala' (jamin) iaitu bermaksud 'saling jamin-menjamin'. Tabarru’ bererti membuat kebajikan atau derma bersyarat dengan redha. Diadaptasi melalui sistem Al-Aqilah 1,400 tahun yang dahulu. Ianya diperkenalkan oleh baginda Nabi Muhammad s.a.w sebaik sahaja tertubuhnya kerajaan Islam Madinah. Skim ini bertujuan untuk melindungi seseorang daripada tanggungan musibah yang tidak disengajakan eg. menebus tawanan perang daripada pihak musuh. Perlaksanaannya berdasarkan caruman setiap anggota Muslim masyarakat Madinah.


Dari segi tafsiran Syara' ia adalah pakatan satu kumpulan untuk saling jamin-menjamin dan bantu membantu antara satu sama lain ketika para peserta kumpulan tersebut ditimpa sesuatu musibah. Ini adalah satu konsep yang berasaskan prinsip-prinsip berkongsi tanggungjawab, bekerjasama dan saling membantu menjaga kepentingan bersama. Setiap peserta menyumbang berasaskan 'tabarru’ (derma) kepada dana yang akan digunakan untuk membantu satu sama lain pada masa yang diperlukan.

Bagi memastikan perniagaan Takaful daripada segi tujuan dan pengendaliannya tidak melibatkan apa-apa elemen yang tidak diluluskan oleh Syariah, suatu kerangka tadbir urus Syariah yang melibatkan pihak pengawal selia industri Takaful iaitu Bank Negara Malaysia (BNM) dan pihak pengendali Takaful diperkenalkan dan diterima pakai oleh industri Takaful di negara ini.


Berikut adalah Majlis Syaria'ah Prudential BSN Takaful:

No comments:

Post a Comment