Monday, December 21, 2009

Medical Card PruBSN

PruBSN adalah pengeluar Kad Perubatan (Medical Card) pertama berlandaskan Syariah & Pengendali No.1 Takaful (untuk polisi jadual berkala - tahun 2007 & 2008 berturut-turut) dalam Industri Takaful dengan Pelan Perlindungan Takafulink.

Kebenaran Tentang PenghospitalanPerlindungan kesihatan adalah satu komponen utama bagi menjamin sebuah struktur kewangan yang kukuh. Masa kini, kos rawatan hospital semakin meningkat demi tahun ke tahun (di anggarkan 15% kenaikan belanja perubatan setiap tahun - rujukan http://www.rajadarrylloh.com/images/pdf/publication/The_Rising_Cost_of_Healthcare.pdfdan boleh menjadi terlalu mahal bagi sesetengah orang.

Ramai yang beranggapan bahawa majikan mereka telah menyediakan perlindungan kos perubatan yang secukupnya untuk mereka. Namun mereka tidak menyedari kesan buruk akibat tidak membuat persediaan awal bagi menghadapi ketidaktentuan sehingga mereka dimasukkan ke hospital. Kos perbelanjaan perubatan lazimnya akan berterusan walaupun seseorang itu telah keluar dari hospital. Seseorang itu boleh dibebani dengan kos-kos rawatan akibat daripada rawatan lanjutan, dialisis buah pingggang, rawatan kemoterapi atau penjagaan oleh jururawat di rumah.

Di Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN), sejajar memahami keperluan-kehendak rakyat Malaysia, kami menawarkan pelan Major Medical Cover (MMC) dalam 'Medical Card' kami sebagai salah satu manfaat tambahan bertujuan untuk membiayai kos perubatan anda sehingga berumur 70 tahun. Ini memudahkan anda untuk kemasukan ke mana-mana hospital panel PruBSN dengan hanya mengemukakan 'Medical Card' PruBSN dan kami akan menjaga kos-kos perubatan anda sehinggalah selesai menjalani rawatan. Anda hanya perlu tumpukan kepada proses pemulihan. Berbeza dengan insuran terdahulu, dengan adanya Medical Card, anda tidak perlu melalui proses 'Pay Bill & Claim Later'.

Apakah MMC?
MMC adalah satu manfaat tambahan perubatan yang menyeluruh yang disertakan bersama pelan Takafulink PruBSN. Antara ciri-ciri kelebihan pada 'Medical Card' PruBSN kami ialah:
1.Had Kos Rawatan yang Tinggi RM500,000(min) hingga RM1.5M(max) - perlindungan paling tinggi antara syarikat Takaful.
2.Online payment cashless facility (mengikut terma & syarat)
3.Kemudahan Hospital Pakar Swasta & Khidmat Doktor Pakar
4.Penginapan di hospital
5.Jadual Pembedahan tanpa Sekatan
6.Meliputi Rawatan Kanser dan Dialisis buah-pinggang
7.Manfaat 'Out-Patient Treatment' - sebelum & selepas kemasukan hospital
8.Perlindungan 24 jam di seluruh Negara dan Bantuan Kecemasan Perubatan Antarabangsa
9.Manfaat Penjagaan Jururawat di Rumah
10.Jaminan perlindungan sehingga 70 tahun

Contoh Claim H1N1: Subang Jaya Medical Centre
(paid using Medical Card PruBSN)


Penting : Kuat-kuasa Perlindungan:

(A) Kemalangan: Perlindungan bermula serta-merta selepas permohonan polisi lulus.

(B) Penyakit:-

30 hari selepas polisi lulus - bayaran balik bil secara 're-imbursement'
90 hari selepas polisi lulus - 'Medical Card' mula aktif dan pembayaran bil 'cashless'
120 hari selepas polisi lulus, perlindungan penyakit -penyakit tertentu berikut akan bermula :-
Hipertensi atau penyakit kardiovaskular (kecuali serangan jantung)
Diabetis mellitus (kencing manis)
Semua ketumbuhan, sista,polip atau barah
Batu karang di dalam istm kencing dan hempedu
Pembedahan sinus, septum hidng atau tonsil
Hernia, buasir atau fistula
Endometriosis atau disfungsi pendarahan uterin

Manfaat perlindungan di luar negara hanya untuk 90 hari pertama bermastautin bagi setiap perjalanan. Jika peserta menerima rawatan perubatan di luar negara, manfaat yang dibayar adalah berdasarkan kos rawatan yang berpatutan seperti caj yang dikenakan di Malaysia.

Perlindungan bil perubatan meliputi semua jenis penyakit dan kemalangan kecuali yang berikut di bawah:
1)Kecederaan diri yang disengajakan.
2)Peperangan, penglibatan secara langsung dalam rusuhan, mogok atau kekacauan awam.
3)Kehamilan, melahirkan anak, keguguran atau pengguguran janin.
4)Rawatan pergigian melainkan diperlukan kerana kecederaan akibat kemalangan atau penyakit yang melibatkan pembedahan oral.
5)Sebarang pembedahan elektif, pembedahan kosmetik atau plastik (melainkan diperlukan kerana kecederaan akibat kemalangan atau penyakit).
6)Kemasukan ke hospital yang tujuan utamanya ialah untuk penyiasatan, diagnosis, pemeriksaan Xray, pemeriksaan fi zikal am atau pemeriksaan kesihatan rutin; rawatan khusus untuk mengurangkan atau menambahkan berat badan; pemulihan, penjagaan atau rehat pulih.
7)AIDS, kewujudan sebarang jangkitan HIV atau penyakit yang disebarkan melalui hubungan seks.
8)Perkhidmatan yang tidak berkaitan dengan rawatan perubatan.
9)Penyakit otak, penyakit jiwa, penyalahgunaan/ketagihan arak atau bahan.
10)Ketidaksuburan, pencegahan hamil, pemandulan, kecacatan kelahiran, kecacatan kongenital, berkhatan.
11)Sukan professional, sebarang jenis perlumbaan, selam skuba, aktiviti sukan udara dan sebarang aktiviti atau sukan berbahaya lain.
12)Sebarang pelanggaran atau percubaan untuk melanggar undang-undang atau menentang daripada ditahan.

NOTA PENTING: Pengendali takaful tidak akan membayar mana-mana manfaat yang berpunca daripada keadaan sedia-wujud secara langsung atau tidak langsung jika keadaan ini tidak di dedahkan oleh peserta di dalam borang cadangan awal.

No comments:

Post a Comment