Monday, December 21, 2009

Faedah Insuran & Takaful

Kita sering beranggapan sesuatu perkara yang buruk tidak akan menimpa kita. Ramai yang merasakan 'Hari Ini adalah Sama seperti Semalam'. Hakikatnya, kehidupan bukanlah sesuatu yang boleh diramal. Insurans dan takaful mungkin tidak dapat menjamin masa depan yang cerah untuk anda, tetapi sekurang-kurangnya perlindungan dan bantuan yang diperlukan anda dan keluarga dijamin ketika anda memerlukannya.

Insurans mampu meringankan beban kewangan untuk perbelanjaan harian apabila ditimpa musibah, menguruskan hutang atau apa-apa komitmen kewangan jika anda tidak boleh bekerja disebabkan kesakitan serius atau ditimpa kemalangan. Faedah lain termasuk menyediakan sokongan kewangan pampasan kepada ahli keluarga jika seseorang yang bertanggungjawab mencari rezeki dalam keluarga berkenaan meninggal dunia atau jatuh sakit yang menyebabkannya tidak dapat lagi bekerja (dikenali sebagai Insuran Hayat).

Semua orang berusaha keras mengumpul aset dengan harapan bahawa suatu masa nanti ianya boleh digunakan bila diperlukan kelak. Namun harapan ini boleh digugat oleh 7 keperluan tunai apabila meninggal :-

1) Tabung perbelanjaan Pengebumian dan perundangan
2) Tabung kecemasan bil2 hospital
3) Tabung keperluan sara-hidup pewaris
4) Tabung perlupusan hutang-piutang
5) Tabung persaraan atau gantian pendapatan
6) Tabung pembiayaan perbelanjaan / penjagaan anak
7) Tabung pendidikan anak




Antara tujuan/konsep TAKAFUL diwujudkan ialah:
1. Menyediakan dana pendapatan keluarga sekiranya anda meninggal dunia.
2. Menyediakan pendapatan sekiranya anda hilang upaya
3. Menyediakan dana tabung tambahan untuk persaraan
4. Menyediakan dana pendidikan anak-anak.
5. Menyediakan dana penyakit kritikal.
6. Mengelakkan daripada berhutang apabila ditimpa musibah
7. Melindungi aset atau perniagaan
8. Simpanan untuk menunaikan haji dan umrah.
9. Melakukan amal jariah
10. Mengurangkan cukai pendapatan

Jadi adalah penting untuk anda mempunyai insurans jika ada orang lain yang bergantung hidup kepada anda, sama ada mereka itu adalah anak-anak atau ibu bapa anda.

No comments:

Post a Comment