Monday, December 21, 2009

Takafulink PruBSN

Pelan Takafulink Prudential BSN Takaful (PruBSN) adalah suatu produk komprehensif yang menyeluruh gabungan semua jenis perlindungan hayat, perlindungan penghospitalan dan simpanan pelaburan.

Ianya membantu anda merancang tahap perlindungan yang sesuai dengan hidup anda dan dirangka dengan matlamat untuk menangani keadaan-keadaan yang tidak menentu dalam kehidupan seharian. Keperluan hidup kita sentiasa berubah mengikut peredaran masa, begitu juga dengan keutamaan hidup yang sentiasa berubah. Maka perancangan kewangan kita perlu selaras dengan peredaran hidup dan Pelan Takafulink PruBSN memberikan anda kawalan kerana ia dapat disesuaikan dengan pelbagai peringkat kehidupan tersebut.

Takafulink PruBSN dan manfaatnya adalah pelan Takaful keluarga berkaitan dengan pelaburan yang berlandaskan prinsip-prinsip Syariah.

Pelan Takafulink berkaitan pelaburan ini ialah gabungan perlindungan dan pelaburan. Premium yang dibayar bukan sahaja menyediakan perlindungan tetapi sebahagian daripada premium tersebut juga akan dilaburkan ke dalam dana pelaburan tertentu mengikut pilihan anda. Sebagai pemegang polisi, anda boleh memilih bagaimana membahagikan premium insurans anda untuk perlindungan dan pelaburan.

Pelan Takafulink adalah sesuai untuk semua peringkat lapisan umur masyarakat kerana memenuhi 4 keutamaan keperluan keluarga:-
"Dying too Soon" : Melindungi waris daripada bebanan kewangan akibat kematian awal
"Living Too Long" : Plan Kewangan Simpanan Pelaburan untuk persaraan apabila sudah tua
"Living Death" : Melindungi pendapatan akibat penyakit biasa, kritikal atau kecederaan yang memerlukan kos rawatan berterusan sehingga meninggal dunia
"Children’s Future" : Menyediakan Tabung Pendidikan anak-anak
"Wealth Creation" : Mewujudkan Tabung Simpanan Tambahan berserta pulangan pelaburan
Pelan Takafulink PruBSN memberikan fleksibiliti kepada anda dari segi:-
1)Fleksibiliti memilih sendiri tahap perlindungan dan pelaburan anda.
2)Anda boleh memilih untuk mengubah jumlah bayaran premium atau perlindungan mengikut perubahan kedudukan kewangan anda
3)Anda boleh memilih daripada berbagai dana (eg. Equity, Bon etc.) untuk pulangan pelaburan simpanan bergantung kepada paras risiko yang selesa untuk anda
4)Anda boleh menebus sebahagian simpanan daripada unit berkaitan pelaburan anda pada bila-bila masa.
5)Anda boleh juga boleh menukar dana pelaburan yang sedia ada kepada dana pelaburan yang lain.

Produk Takafulink PruBSN dinobatkan sekali lagi No.1 Pilihan Rakyat Malaysia untuk tahun 2008:


Harapan kami, warga PruBSN agar ciri-ciri unik Takafulink akan membantu merealisasikan impian kerajaan untuk meramaikan rakyat Bumiputera yang dilindungi insurans terbaik dekad ini!

Memilih Perlindungan

Memiliki pelan perlindungan hayat untuk diri sendiri atau mereka yang tersayang dapat membantu anda daripada segi kewangan ketika dalam kesusahan. Waris anda layak menerima sejumlah wang daripada polisi anda jika anda meninggal dunia. Anda juga boleh menerima pampasan ke atas sebarang kecacatan kekal yang menimpa anda. Ini bagi memastikan keluarga terdekat anda mempunyai wang tunai dan pendapatan sementara selepas kematian anda.

Selain itu, jika sesuatu insuran itu mempunyai nilai simpanan, maka ianya menyediakan suatu pelan tabungan tambahan untuk masa hadapan sebagai sumber pendapatan apabila bersara. Juga memberi jaminan dana pendidikan anak-anak.

'Medical Card' pula ialah satu manfaat tambahan yang melindungi kos rawatan perubatan swasta yang mungkin mahal, seperti kos kemasukan ke hospital dan pembedahan. Manfaat ini juga memastikan anda tidak perlu bimbang mengenai kos bagi mendapatkan rawatan kecemasan di hospital pakar swasta kerana segala pembayaran kos rawatan adalah 'cashless'!

Dalam memilih insuran yang sesuai, anda perlu mempertimbangkan keperluan, keutamaan dan risiko yang mungkin anda tanggung/hadapi di masa akan datang.
Apabila membuat pemilihan polisi, anda harus:
1)Memilih polisi yang sesuai dengan peringkat hidup anda
2)Memahami skop perlindungan yang ditawarkan polisi tersebut
3)Mengetahui apa yang akan terjadi jika anda perlu menukar polisi
4)Memberi maklumat penuh dan tepat di dalam permohonan anda
5)Pastikan premium yang anda mampu bayar dengan keperluan manfaat anda

Majikan anda mungkin telah mengambil pelan berkumpulan di mana premium akan dibayar sama ada oleh anda sendiri atau majikan anda. Anda patut mendapatkan maklumat tentang terma polisi tersebut dan skop perlindungannya. Walaupun anda mempunyai pelan berkumpulan, anda mungkin ingin mempertimbangkan untuk mendapatkan pelan individu yang mungkin lebih bersesuaian dengan keperluan anda serta untuk menjamin perlindungan insurans sekiranya anda bertukar kerjaya atau sesudah bersara nanti!

Faedah Insuran & Takaful

Kita sering beranggapan sesuatu perkara yang buruk tidak akan menimpa kita. Ramai yang merasakan 'Hari Ini adalah Sama seperti Semalam'. Hakikatnya, kehidupan bukanlah sesuatu yang boleh diramal. Insurans dan takaful mungkin tidak dapat menjamin masa depan yang cerah untuk anda, tetapi sekurang-kurangnya perlindungan dan bantuan yang diperlukan anda dan keluarga dijamin ketika anda memerlukannya.

Insurans mampu meringankan beban kewangan untuk perbelanjaan harian apabila ditimpa musibah, menguruskan hutang atau apa-apa komitmen kewangan jika anda tidak boleh bekerja disebabkan kesakitan serius atau ditimpa kemalangan. Faedah lain termasuk menyediakan sokongan kewangan pampasan kepada ahli keluarga jika seseorang yang bertanggungjawab mencari rezeki dalam keluarga berkenaan meninggal dunia atau jatuh sakit yang menyebabkannya tidak dapat lagi bekerja (dikenali sebagai Insuran Hayat).

Semua orang berusaha keras mengumpul aset dengan harapan bahawa suatu masa nanti ianya boleh digunakan bila diperlukan kelak. Namun harapan ini boleh digugat oleh 7 keperluan tunai apabila meninggal :-

1) Tabung perbelanjaan Pengebumian dan perundangan
2) Tabung kecemasan bil2 hospital
3) Tabung keperluan sara-hidup pewaris
4) Tabung perlupusan hutang-piutang
5) Tabung persaraan atau gantian pendapatan
6) Tabung pembiayaan perbelanjaan / penjagaan anak
7) Tabung pendidikan anak




Antara tujuan/konsep TAKAFUL diwujudkan ialah:
1. Menyediakan dana pendapatan keluarga sekiranya anda meninggal dunia.
2. Menyediakan pendapatan sekiranya anda hilang upaya
3. Menyediakan dana tabung tambahan untuk persaraan
4. Menyediakan dana pendidikan anak-anak.
5. Menyediakan dana penyakit kritikal.
6. Mengelakkan daripada berhutang apabila ditimpa musibah
7. Melindungi aset atau perniagaan
8. Simpanan untuk menunaikan haji dan umrah.
9. Melakukan amal jariah
10. Mengurangkan cukai pendapatan

Jadi adalah penting untuk anda mempunyai insurans jika ada orang lain yang bergantung hidup kepada anda, sama ada mereka itu adalah anak-anak atau ibu bapa anda.

Konsep Insuran & Takaful

Perkataan 'Insuran' itu berasal daripada 'Insurance' (American) atau 'Assurance' (British) bermaksud 'Jaminan'. Insuran adalah pemindahan risiko daripada seorang individu seperti anda, atau sebuah organisasi, seperti syarikat anda, kepada syarikat insurans. Anda atau syarikat anda akan dikenali sebagai pemegang polisi. Syarikat insurans akan menerima bayaran daripada anda dalam bentuk premium dan sekiranya anda mengalami sebarang kerugian atau kerosakan, syarikat insurans akan membayar pampasan kepada anda. Ianya adalah salah satu instrumen perancangan kewangan yang sebenarnya memberikan ketenangan jiwa.

Bagaimana pula syarikat insurans dapat membayar pada jumlah yang tinggi kepada anda meskipun bayaran premium yang dibayar setiap bulan tidak begitu banyak? Dari mana datangnya wang berkenaan? Sebenarnya, syarikat insurans menjual polisi kepada ribuan orang dan premium yang dikutip itu akan menjadi dana tabung bersama (pool money)

Disebabkan tidak semua pemegang polisi yang membayar premium bagi dana tabung itu mengalami peristiwa kurang baik dalam hidup mereka, dan sekiranya ia berlaku sekalipun, ia jarang berlaku serentak, maka syarikat insurans mampu menyediakan wang yang banyak (daripada hasil dana tabung tersebut) bagi membayar faedah insurans kepada pemegang polisi yang ditimpa musibah.

Begitu juga didalam konsep Takaful, wujud suatu pakatan kumpulan untuk saling jamin-menjamin dan bantu membantu antara satu sama lain ketika para peserta kumpulan tersebut ditimpa sesuatu musibah. Ini adalah satu konsep yang berasaskan prinsip-prinsip berkongsi tanggungjawab, bekerjasama dan saling membantu menjaga kepentingan bersama. Setiap peserta menyumbang berasaskan 'tabarru’ (derma) kepada dana yang akan digunakan untuk membantu satu sama lain pada masa yang diperlukan.

Jadi, wang yang dibayar sebagai premium insurans setiap bulan sebenarnya memberikan perlindungan kepada anda. Antaranya, wang itu dapat membayar ke atas sebarang kerosakan yang berlaku kepada barangan yang anda beli atau menggantikannya jika ia dicuri (dikenali sebagai Insuran Am). Ia juga boleh membayar bil perubatan apabila anda dan ahli keluarga dimasukkan ke hospital (dikenali sebagai Insuran Kesihatan) atau nama popularnya 'Medical Card'.

Pengertian Takaful

Takaful adalah satu perkataan yang berasal dari perkataan Arab 'Al-Kafala' (jamin) iaitu bermaksud 'saling jamin-menjamin'. Tabarru’ bererti membuat kebajikan atau derma bersyarat dengan redha. Diadaptasi melalui sistem Al-Aqilah 1,400 tahun yang dahulu. Ianya diperkenalkan oleh baginda Nabi Muhammad s.a.w sebaik sahaja tertubuhnya kerajaan Islam Madinah. Skim ini bertujuan untuk melindungi seseorang daripada tanggungan musibah yang tidak disengajakan eg. menebus tawanan perang daripada pihak musuh. Perlaksanaannya berdasarkan caruman setiap anggota Muslim masyarakat Madinah.


Dari segi tafsiran Syara' ia adalah pakatan satu kumpulan untuk saling jamin-menjamin dan bantu membantu antara satu sama lain ketika para peserta kumpulan tersebut ditimpa sesuatu musibah. Ini adalah satu konsep yang berasaskan prinsip-prinsip berkongsi tanggungjawab, bekerjasama dan saling membantu menjaga kepentingan bersama. Setiap peserta menyumbang berasaskan 'tabarru’ (derma) kepada dana yang akan digunakan untuk membantu satu sama lain pada masa yang diperlukan.

Bagi memastikan perniagaan Takaful daripada segi tujuan dan pengendaliannya tidak melibatkan apa-apa elemen yang tidak diluluskan oleh Syariah, suatu kerangka tadbir urus Syariah yang melibatkan pihak pengawal selia industri Takaful iaitu Bank Negara Malaysia (BNM) dan pihak pengendali Takaful diperkenalkan dan diterima pakai oleh industri Takaful di negara ini.


Berikut adalah Majlis Syaria'ah Prudential BSN Takaful: